Author Archive for minimsaymi

07
Aug

SAYANGILAH IA… kerana ia tiada ganti…

Assalamualaikum….

Kembali setelah sekian lama menyepi… hehehe…

Sebenarnya dah lama saya nak share something kat sini, tp tak berkesempatan…

Dan akhirnya hari ni, Alhamdulillah saya diberikan sedikit kesempatan untuk berkongsi satu perkara yg sangat2 perlu kita semua tahu.

 

Samada kita sedar atau tidak, semua di antara kita yanq dilahirkan normal dianugerahkan satu organ yang berfungsi untuk membersihkan darah dan mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di badan . Organ ini  hanya sebesar genggaman tangan tapi fungsinya sangat2 besar… Itulah hebatnya ciptaan tuhan… Berbanding dengan mesin Heamodialisis yang digunakan untuk menjalankan fungsi2 buah pinggang bagi pesakit2 yang buah pinggang mereka gaal berfungsi, memang jelas sekali dapat kita lihat betapa hebat, besar dan tingginya ILMU dan KEKUASAAN ALLAH SWT. Tidak perlu kita sangkalkan lagi….

 

Meringkaskan fungsi buah pinggang, umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup. Organ ini juga sebenarnya menapis 200 liter darah setiap hari….

 

Persoalannya apa akan berlaku jika buah pinggang kita gagal berfungsi?

Segala aktiviti yg dinyatakan di atas tidak dapat berjalan dengan baik… Bahan kumuh yang terdapat dalam badan tidak dapat dikeluarkan dan akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada pesakitnya…. Saya tidak berilmu untuk menceritakan tentang penyakit ini, lebih baik kitanya kita dgr kata doctor pakar sendiri kan… tapi perkongsian yang ingin saya bawa pada hari ini ialah, bagaimana untuk kita menyetahui status kesihatan buah pinggang kita… lebih baik kita tau awal drpd tau lambat…

 

ADAKAH BUAH PINGGANG ANDA SIHAT?

Kita boleh menilai status kesihatan buah pinggang kita dengan menjawab soalan2 berikut:

1)      Adakah anda pengidap diabetes?   

2)      Adakah anda mempunyai tekanan darah tinggi?

3)      Adakah ahli keluarga anda mempunyai sejarah diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang?

4)      Adakah anda mempunyai berat badan berlebihan?

5)      Adakah anda berumur lebih daripada 50 tahun?

6)      Pernahkah anda mengalami penyakit batu karang?

7)      Adakah anda mengalami gejala2 berikut?

-Letih atau lemah

-Mata bengkak

-Sukar untuk kencing, kencing yang menyakitkan

-Muka, tangan, abdomen, buku lali dan kaki membengkak

-Kencing berbuih

-Kehausan bertambah

-Kencing berwarda merah jambu, gelap (darah bercampur dgn air kencing)

-Kerap kencing (terutama pada waktu malam)

 

Jika jawapan kita pada mana-mana soalan di atas ialah “YA” , sila rujuk kepada doctor untuk rawatan lanjutan dan jangan melengah2kan pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah dan protein dalam air kencing atau hubungi NKF di talian 1300-88-3110 untuk keterangan lanjut.

 

Pastikan kita membuat saringan buah pinggang untuk mengetahui status kesihatan buah pinggang… sayangilah buah pinggang kita semua kerana organ ini tak ada gantinya…. Pada kawan-kawan yang mendapati ibu atau ayah kita mengalami mana-mana gejala atau memiliki sebarang kemungkinan seperti yg dinyatakan kat atas tadi, jangan dilengah2kan untuk bawak mak ayah ke hospital atau klinik2 berdekatan untuk pemeriksaan….

Sekian saja untuk kali ini…

Wassalam wbt.

 

 

 

17
Feb

Yang datang dari hati… [episod 1]

5 tahun stgh dulu

Saya mengenali KP2003…

Orang pertama saya jumpa kat intec ialah Jane aka Raub…

Kamu mmg comel dr dulu sampai skarang ;)

orang pertama yang saya sapa

dan kamcing bagai kembar siam,

sape lagi kalau bukan Shamira….

5 tahun stgh dulu

Utk pertama kalinya di Intec,

Saya mula belajar dan merasa…

camne duduk ngan kawan2,

Bukan berkepit dgn mak ayah….

Di awal kehidupan bersama KP2003,

Yang ada hanya bahagia,

Dan ketika itu, saya masih belajar dan cuba utk mengenal

69 rakan yg lain satu persatu….

5 tahun stgh dulu

Seronok main usik2, main gosip2 sana sini…

Tak kurang jugak dgn main tunjuk2 sape yg kita tak suka…

Muahuahua nak kena tulis ke senarai2 orang

yg pernah buat saya dan geng2 saya sentiasa malas d

dan takut nak masuk kelas?

Haha, bila ingat2 balik mmg lawak….

5 tahun stgh dulu

Jun 2003… adalah bulan yg Dia tentukan untuk menguji saya….

Selama ini, Allah sentiasa memberi yang terbaik utk saya…

Merasai nikmatNya yg tak terhingga buat saya terapung2….

Hingga saya sendiri jadi lupa,

Bahawa milik kita, tak selamanya akan jadi milik kita…

Bila Dia mahukannya semula, maka Dia akan ambil dgn cara terbaik dari aturanNya…

Sesuai dgn janji2 yang telah dibuat antara manusia dan penciptanya….

Arwah adik saya, wan kembali ke rahmatullah….

5 tahun stgh dulu

Siapa sangka disebalik sedih yg datang,

Saya temui “cinta” dan “kasih” orang2 yg baru saya kenal….

Kami kenal baru sebulan….

Tapi, mereka2 ini menenangkan saya seolah2 adik saya juga adalah adik mereka…

Terima kasih KP2003….

5 tahun stgh dulu

Saya bawa diri jauh ke bumi sonata…

Meninggalkan orang2 yg sangat saya sayang d

alam keadaan segala2nya adalah haru biru…

KLIA jadi saksi, betapa hati ini berat melangkah pergi…

Kawan2 baik saya semuanya mengiringi… terima kasih kawan2 seraya… dan FISHAH juga…

Maz, hasmah, hayat, zizul, irzuan, eni, sina, miza…. Kad korang yg besar gedabak tu la semangat min kat sini….

Mak lang, Kak piah, abg zahri, abg G, opah, ain… erkk tak tersebut kot….

Semua ada kecuali ainul…

Sebelum bertolak ke KLIA, sempat jenguk ainul di ICU….

Hanya 5 minit masa yg diberikan~!

Masakan mampu saya bawak hati saya pergi?

Hanya Dia yg tau betapa saya hilang kekuatan sebenarnya…

Tapi demi mak ayah, saya melangkah layu tanpa menoleh lagi…

Berpura-pura kuat, kerana sayalah kekuatan mereka…

5 tahun stgh dulu

Saya adalah hingusan yg penuh dengan mainan perasaan….

Tekanan emosi beraja…

Kadang2 saya hilang kawalan…

Selalu sangat hilang tumpuan…

Saya selalu buat org lain risau dgn membawa diri ke dunia ciptaan saya sendiri…

Mulut saya sentiasa terkunci….

Apa di hati, saya simpan sendiri…

Syifak dan Maria menjadi saksi,

Betapa kawan serumah dorang yg sorang ni, mmg “sakit jiwa”….

Nasib baik ada yang pandai main tarik tali ngan saya…

Mekasih syifak… awak mmg sentiasa ngan saya masa saya di dunia weng-weng saya dulu…

5 tahun stgh dulu

Semua orang disekeliling saya ambil berat tentang saya….

“Babo” betul saya, butakan mata hati tak nampak smua tu…

Saya Cuma pandai buat dorang susah hati je….

Sampai Ham Sonsengnim pon sound “yasmin, knp baju2 kamu semunya warna hitam/biru tua? Sbb tu kamu nampak tak bermaya, cuba pakai warna2 ceria sikit”…

Dan kerana teguran itu, saya beli baju berwarna pertama saya… kaler maroon….

Sian betul orang2 sekeliling saya, sampai Kak Aina pon diberi amanah oleh Ham utk merisik khabar… tanya betul2 apa la masalah sorang budak pelik nih~!

5 tahun dulu

Fuh… stgh tahun berlalu…

Alhamdulillah saya dah ok sket…

Semuanya sbb kengkawan KP2003

Saya mula sedar betapa hidup ini teramat indah…

Dan sayalah org plg rugi,

Tak amik kesempatan mengisi ruang dgn keindahan dan keseronokan…

5 tahun dulu

Haha, best kan kat SNU….

Blaja bahasa je…. Huh, lambat btul nak sedar betapa indahnya dunia time tu…

Setiap level mesti ada benda2 best… sape ada lagi gambar2 nostalgia kita dulu kala?

Seronok kan bila tgk gambar2 lama….

Oh, geng2 komdo, apa cerita? Igt lg tak?

Hasri, Jojo, jepp, Vedd, Din, Ratna….

Eh sape lagi eh? Kita ber7 je kan?

Best2… best sbb selalu kena puji~! Haha sengal~!

Oh… ada lg satu… yaesul-ae-jondang….

Waaa mmg yaesul abes la semua orang….

team plg best ‘thal chum’ la kan….

Plg yaesul pulak sape eh?

Tipu la kalau korang tak tau kan….

Dah gamat satu dewan orang tu buat… ishk3…

Jerry, mekasih la utk kenangan yg plg memeriahkan dewan kat atas stage tu ye…

So sape2 yg tgh bosan2 dan rasa mcm nak gelak, sila tgk blk video yg pernah jd fav korang dulu tu ye…

konfem gelak2 guling2 nye kan…

4 tahun stgh dulu

Haih…. Banyak la kenangan kat bahasa…

Team menari mmg mantap~! Cayalah korang~! Siap buat persembahan kat “Hi Seoul” lagi…

Oh, ada satu menda takleh lupa… kes men ski

Kejadian yg menimpa diriku itu telah membuatkan saya menyedari sesuatu…

Kp2003 ataupun batch 70 mmg sngt2 sayangkan kengkawan mereka~!

Sape sangka nak dapat tengok air mata shira sbb dia rasa sangat2 tak adil dia seronok2 sedangkan kawan dorang yg sorang ni dah berbungkus kaki….

Tengs shira…. Tengs kc… kamu jaga saya malam tu, kamu ada je kat sebelah saya…

Saya terharu sangat2….

Tengs utk jerry yg mengajar+ teman main malam tu,

Malangnya, anak murid ni mmg tak reti…. Sekali jadi plak insiden tu….

Maaf sshkan smua orang…

tapi tu la antara kejadian yg buat saya sedar…

semua orang sangat2 sayangkan saya…. Tengkiu koranggggggg~!!!!!

4 tahun dulu

Time tu la jerry ngan din gilir2 tolak kerusi roda….

Hihi tak tau nak ckp apa… beta dilayan seperti puteri istana~!

Part plg best ialah time nak gi sekolah….

Ohohoho, walaupun kaki bersimen, tak bleh ponteng kelas….

Itu adalah HARAM bg kami~!

So pepagi nak gi sekolah, Ham sonsengnim datang jemput

Nana,ira ngan norma akan teman gi sekolah skali….

Balik plak camne?

Balik Ham tak dapat hantar….

Jadi sape yg uruskan diriku ini?

ROBBIL n PIDOT….

Mereka berdua ni la selalu tunggu petang2…

Time sejuk2 gedi di musim sejuk…

Lepas abes kelas, lepas solat maghrib…

Dorang teman saya yg masih bertongkat….

Jalan pelan-pelan pergi tempat tunggu bas(nak jalan pon lebih kurang 15 ~20 minit)…

Nak naik tangga bas tu pon bukannya senang….

Dorang la yg tolong…

Biasanya ssh nak carik tempat duduk…

Bas penuh…

Dan bila ada tempat kosong, Robbil cop cepat2 dan suruh saya duduk…

Sejam stgh dia berdiri….

Hanya berdiri kat sebelah saya, sambil sembang2 supaya saya tak bosan

Robbil, Pidot… mekasih banyak2…. Tak tau nak balas camne…

3 tahun stgh dulu

Dah masuk dongyang….

Masing2 dah masuk gwa masing2…

Dan saya ada geng2 “kigae solgae” yg berjiwa riang, mantap, kental dan bertenaga….

Norma, wear, nana, mamas, mokmeng, heikal, paije, hasri dan buya….

Igt lagi tak kita wat study group?

Waaa rajin btul kita kan?

Picnic sesama…

Plg takleh lupa masa kena buat sonban, welding ngan milling

Sugo btul gi berulang alik kat bengkel sbb nak siapkan keje…

Seronok2… fes time pegang mesin besar camtu…. Rugi btul takde gambar~!

3 tahun dulu

Dongyang adalah syurga dunia belajar…

Dongyang juga medan perpaduan kita….

Sebut je nak buat apa…

Utk apa… nak yg mcmn….

Batch 70 akan berganding tenaga menghasilkan yg terbaik…

Tipu la kalau memula takde munjae kan….

Tapi kita hadapi satu persatu dan hasilnya….

Mmg mampu buat kita bangga dgn batch kita sendiri kan?

Ermm sape dia puteri gunung ledang eh? Igt lagi tak? Hahaha

Hang tuah dia plg tak leh mengalah…

ustaz zul plak tu… yg ni kena gelak besar2 lagi….

muahuahuahuahua

ermm masa tempoh ni jugak, ada satu benda dah jadi…

ayah saya sakit tenat…

kemudian adik bongsu saya dipanggil pula….

Ujian ini tak terduga betul….

Mungkin saya agak terleka…

Hingga Dia memberi peringatan semula…

Terima kasih Ya Rabb… memberikan aku sedikit kesempatan….

Untuk merasa smua itu….

Sepantas kilat berita tersebar… hanya selepas saya habiskan perbualan di telefon dgn mak…

Bercakap tentang arwah adik yg dah pergi bertemuNya….

Norma dah siap2 kat belakang saya….

“min, kawan2 kita semua dah tau… depa dah berkumpul kat umah jerry, tunggu min siap sampai ja… nak buat tahlil untuk arwah…”

Apa lagi yang mampu saya kata masa tu?

Terharu yg tak terkata….

Ukhwah kami mmg hebat, dan saya bukan hanya perlu berterima kasih…

Malahan sangat2 mengagumi dan menyayangi mereka semua…

Masa tu….

Zaman kemurungan saya datang kembali….

Saya lebih senang membawa diri….

Mereka semua tahu saya perlukan masa utk stabilkan diri….

Tapi tak pernah sedikit pon mereka tak ambil peduli….

Thread yg saya bukak kat website batch, sentiasa dijunjungi…

Mereka menjadi org yg sentiasa nak bg sokongan kat saya…

Terima kasih yg tak terhingga….

-bersambung-

03
Feb

berchatting dengan anak murid…

tadi baru je lepas chat dengan salah seorang anak murid saya…. oleh kerana ni kali pertama saya chat dgn student saya, jadi saya rasa mcm agak teruja di sini… menarik jugak borak dengan Muhamad(dia memilih nama muhamad sebagai nama melayunya)…

coolwell@korea.com: Selamat malam. kini anda buat apa? Saya hanya belajar dan belajar. Saya mendengar fail mp3 banyak kali tetapi saya tidak dengar penuh. Stress.. ^^

y@S_m!N: selamat malam muhamad

y@S_m!N: stress? Huhuhu sabar muhamad…

coolwell@korea.com: Ooo.?

coolwell@korea.com: anda sedang login?

y@S_m!N: ya,

y@S_m!N: anda tak nampak saya online?

coolwell@korea.com: um..

coolwell@korea.com: saya tak boleh nampak.

coolwell@korea.com: saya lihat anda sedang offline.

y@S_m!N: saya nampak anda online sekarang

y@S_m!N: tidak, saya sedang online

y@S_m!N: mungkin ada masalah dengan internet

coolwell@korea.com: Aha. saya tak tahu mengapa anda offline.

coolwell@korea.com: bagaimanapun saya dapat berchat dengan anda

coolwell@korea.com: Anda ada di asrama?

y@S_m!N: ya, saya berada di asrama

y@S_m!N: anda sedang buat apa sekarang?

y@S_m!N: bagaimana dengan kelas hari ini?

coolwell@korea.com: Saya tengah bebulan dengan anda. haha.

y@S_m!N: oo berbual…

y@S_m!N: “BULAN” ada di langit hihihi

coolwell@korea.com: haha.. salah saya. Salah taip.

coolwell@korea.com: Kelas hari ini sangat susah.

y@S_m!N: hihihi

y@S_m!N: oh ya? anda belajar tentang apa hari ini?

coolwell@korea.com: tentang mencari rumah sewa.

coolwell@korea.com: ah.. tumban bertanya.

coolwell@korea.com: tumpang bertanya.

coolwell@korea.com: selalunya.. apa makna?

coolwell@korea.com: selalu makna ‘always’

coolwell@korea.com: “selalunya” makna apakah?

coolwell@korea.com: Bahasa korea… rasanya 대체로

coolwell@korea.com: 대체로.. betul?

y@S_m!N: ooo

y@S_m!N: selalunya itu sama dengan “usually”

y@S_m!N: eh tidak… 대체로 itu “generally”… generally dalam bahasa melayu ialah “umumnya”

coolwell@korea.com: ya.. hari ini belajar perkataan umum.

coolwell@korea.com: Ah.. saya faham.

coolwell@korea.com: selalunya mirip dengan biasanya.

y@S_m!N: ya betul, selalunya itu sama makna dengan biasanya

coolwell@korea.com: ada satu lagi.

coolwell@korea.com: bilik stor.

coolwell@korea.com: store room?

y@S_m!N: ya btul

y@S_m!N: bilik stor itu ialah “store room”

coolwell@korea.com: ok.. di kamus tidak ada ’stor’

y@S_m!N: ooo, kalau anda rujuk kamus di laman web dbp, ada perkataan ’stor’ http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=stor&domain=PRPM

coolwell@korea.com: sedang mencari.

coolwell@korea.com: apa buat sekarang?

coolwell@korea.com: hari ini scott tidak datang di sini sebab dia sakit pinggang.

y@S_m!N: saya sedang membuat soalan bahasa melayu untuk pelajar-pelajar di hanguk university….

y@S_m!N: oo scoot sakit pinggang?

y@S_m!N: *scott sakit pinggang?

y@S_m!N: bagaimana boleh sakit?

coolwell@korea.com: ya. sirius

coolwell@korea.com: hujung minggu lepas dia tidak berjalan dan sangat sakit.

coolwell@korea.com: kini sembuh sikit.

coolwell@korea.com: esok dia balik di sini.

y@S_m!N: jadi scott berada di rumahnya di jamsil?

coolwell@korea.com: ya. dia berada di rumahnya

y@S_m!N: oo begitu rupanya…

y@S_m!N: adakah dia terjatuh?

y@S_m!N: jadi esok dia akan datang ke kelas semula?

coolwell@korea.com: ya. dia datang ke sini semula.

coolwell@korea.com: tapi

coolwell@korea.com: hari jumaat

coolwell@korea.com: operating atau phyiscal trainning sahaja untuk sembuh.

y@S_m!N: ooo

y@S_m!N: agak serius

coolwell@korea.com: Ya..

coolwell@korea.com: saya harap dia cepat sembuh.

y@S_m!N: ya, saya juga harap dia cepat sembuh

y@S_m!N: muhamad bagaimana?

y@S_m!N: sihat?

y@S_m!N: anda juga perlu jaga kesihatan

y@S_m!N: jangan terlalu rajin belajar sehingga mengabaikan(neglect) kesihatan.

coolwell@korea.com: jika dia membuat operation, dia tak boleh ke malaysia.

coolwell@korea.com: ya. saya sihat.

y@S_m!N: oh ya?

y@S_m!N: kesiannya dia…

coolwell@korea.com: ya.. betul.

y@S_m!N: saya harap tidak terlalu teruk

coolwell@korea.com: anda juga awas.

y@S_m!N: saya juga awas?

coolwell@korea.com: Sila tidur awal.

y@S_m!N:hahaha

y@S_m!N: baik…

y@S_m!N: saya akan tidur awal

coolwell@korea.com: um…

y@S_m!N: :-j

coolwell@korea.com: :p

y@S_m!N: anda juga perlu tidur awal kerana esok pagi ada kelas

coolwell@korea.com: haha..

coolwell@korea.com: ya.

y@S_m!N: anda pandai berchat dalam bahasa melayu sekarang

y@S_m!N: bagus, bagus

y@S_m!N: satu peningkatan(improvement) yang sangat baik~!

coolwell@korea.com: walaupun anda sibuk, terima kasih kerana berbual dengan anda.

coolwell@korea.com: T.K..

coolwell@korea.com: ^^

y@S_m!N: sama-sama…

coolwell@korea.com: Habiskan perkara anda.

y@S_m!N: saya tak sibuk la…

coolwell@korea.com: ^^

y@S_m!N: pembetulan… “sila habiskan kerja anda”

coolwell@korea.com: ^^ korea 이모니콘..

y@S_m!N: hihihi ^^

y@S_m!N: saya juga suka pakai emoticon itu

coolwell@korea.com: Ok.. ^^

coolwell@korea.com: berlatih… ’sila habiskan kerja anda’

y@S_m!N: baik…

y@S_m!N: terima kasih muhamad

y@S_m!N: nanti kalau ada masa anda boleh mesej saya lagi

coolwell@korea.com: ah..satu lagi.

y@S_m!N: apa dia?

coolwell@korea.com: rupanya?

coolwell@korea.com: makna apa?

y@S_m!N: maksud rupa juga ialah wajah(face) atau appearance

y@S_m!N: tapi rupa juga ada makna lain…

y@S_m!N: boleh anda beri contoh ayat menggunakan “rupanya”?

coolwell@korea.com: um..ya saya tahu rupa ialah wajah.

coolwell@korea.com: apa bahasa inggeres?

y@S_m!N: wajah dalam bahasa inggerisnya ialah “face”… 얼굴

coolwell@korea.com: rupanya ialah apparently ?

coolwell@korea.com: ah.. saya jumpa bahasa korea.

coolwell@korea.com: rupanya ~와 비슷하다.

coolwell@korea.com: jadi apa makna ayat anda tadi?

coolwell@korea.com: jadi scott berada di rumahnya di jamsil?

oo begitu rupanya…

adakah dia terjatuh?

coolwell@korea.com: begitu rupanya?

coolwell@korea.com: apa makna?

y@S_m!N: ooo

y@S_m!N: baiklah saya akan jelaskan

coolwell@korea.com: ah..

coolwell@korea.com: ok.

y@S_m!N: makna “begitu rupanya” di situ ialah “그렇구나

y@S_m!N: ataupun “i see”

coolwell@korea.com: oo 그렇구나. Begitu rupanya… :d

coolwell@korea.com: saya faham.

coolwell@korea.com: terima kasih cikgu yasmin.

y@S_m!N: sama-sama…

coolwell@korea.com: anda mengunakan yahoo messenger?

y@S_m!N: ya, saya menggunakan yahoo messenger

coolwell@korea.com: anda masih offline.

y@S_m!N: saya sedang online sekarang

coolwell@korea.com: um.. anda sedang offline di komputer saya.

y@S_m!N: mengapa ya?

coolwell@korea.com: tak tahu.

coolwell@korea.com: um.. saya akan mengganti program lain.

coolwell@korea.com: Selamat malam dan selamat tidur..

y@S_m!N: baik muhamad…

y@S_m!N: selamat malam juga kepada anda.

y@S_m!N: jangan tidur lambat…

coolwell@korea.com: Di mimpi saya harap anda nampak wang-wang

y@S_m!N: wang-wang?

coolwell@korea.com: beruntung

y@S_m!N: ooo

coolwell@korea.com: ^^

y@S_m!N: kalau mimpi banyak wang maknanya akan dapat untung?

y@S_m!N: waaaa

coolwell@korea.com: ya.. di korea.

y@S_m!N: saya mahu mimpi wang malam ni

coolwell@korea.com: sebenarnya.. di mimpi jika kami nampak bab*.

coolwell@korea.com: kami beruntung.

y@S_m!N: ooo

y@S_m!N: saya tahu itu

coolwell@korea.com: tapi wang sama dengan bab*.

y@S_m!N: oo mimpi wang sama makna dengan mimpi bab*?

coolwell@korea.com: ya..

coolwell@korea.com: mirip dengan.

y@S_m!N: semoga anda mimpi wang@bab* juga

coolwell@korea.com: Good bye.

y@S_m!N: baiklah…

y@S_m!N: selamat malam muhamad

coolwell@korea.com: ^^

coolwell@korea.com: bye..

y@S_m!N: tata

hihi menarik kan? syok sendiri plak saya tetiba… so pada sesapa yg merasakan anda orang melayu dan kalau berminat nak tau pasal Korea atau nak kawan dengan orang Korea, anda boleh juga chat dengan *muhamad ni… dia mmg sangat2 teringin nak chat dengan orang melayu….

p/s: walaupun binatang haram bernama khinzir itu agak janggal disebut oleh org kita dan berbaur “kata-kata yg tidak  manis” tp di sini binatang itu dianggap haiwan yg comel dan simbol kekayaan… makanya di dalam kelas pon dengan terbiasanya saya bercakap2 dengan murid2 saya dan menggunakan perkataan BAB* sesuka hati…. mula2 agak janggal tp lama2… hentam je la labu…daaaa~~~

wassalam

31
Jan

ye ke yahudi bijak?

Kisah serangan Israel terhadap Palestin bukanlah satu isu kecil bg kita umat Islam. Ya, sesungguhnya sejak dulu, yahudi adalah musuh Islam. Kekejaman mereka tiada bandingan. Sejak sebulan yang lalu, kita dapat membaca tentang serangan YAHUDI di dada2 akhbar. Walaupun serangan telah dihentikan, namun kesannya masih dirasakan….

Apabila menyebut tentang Israel atau yahudi, hati saya rasa terbakar~! Benci saya membuak2~! Geram saya tak dapat diluahkan! Sesungguhnya saya membenci mereka sepenuh hati!!! Jika kita lihat hidup kita pada hari ini, sedar atau tidak, kita sebenarnya bergantung kepada mereka… setiap keperluan hidup terutamanya makanan dan barang2 kegunaan harian, kebanyakannya adalah produk2 dr Israel. Kerana itu mereka mempunyai sumber yg ckp untuk memperhebatkan lagi serangan2 di Gaza kerana sedar atau tidak penyumbang untuk setiap peluru dan bom di palestin itu adalah kita sendiri…

Saya kira, menanam kebencian terhadap yahudi itu adalah tindakan terbijak yg mampu saya ambil… namun tiba2 saya rasa terpanggil, untuk mencari2 jawapan sendiri… Bagaimana yahudi boleh menjadi sangat hebat? Bagaimana mereka mampu melaksanakan jajahan minda dengan baik? Apa rahsia mereka hinggakan kuasa2 besar juga bisa tunduk di bawah mereka? Apa yg kita biasa dengar dan lihat, walaupun org2 yahudi ini terkenal dgn kekejaman mereka, tetapi mereka ttp dihormati dan digeruni kerana mereka sangat pintar dan bijak terutamanya dalam urusan perniagaan. Saya cuba mencari2 jawapan sehinggalah saya terbaca satu artikel berjudul “Why the JEWS are genius?”… ini adalah thesis yg telah dibuat oleh Dr. Stephen Carr Leon dari California.

Kajian beliau merangkumi aspek gaya hidup masyarakat Yahudi… Setelah berbincang2 bersama dengan kawan2 saya tentang artikel ini, kami dapati, walaupun bg mereka ISLAM adalah musuh utama, namun cara dan gaya hidup mereka, banyak mengikuti anjuran2 ISLAM dan SUNNAH RASULULLAH…  Mari sama2 kita susuri isi kajian Dr. Stephen Carr Leon…

“Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan adalah berbangsa Yahudi, dari segala bidang tidak kira engineering, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan. Hampir 70% perniagaan dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.”

“Pada akhir bulan December 1980, sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?”

“Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan inimengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.”

“Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.”

“Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

“Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.”

“Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.”

TAMBAHAN komen : cuba perhatikan cara pemakanan org yahudi… pernahkah anda baca tentang “CARA RASULULLAH MAKAN?” sedikit renungan mari kita lihat SUNNAH RASULULLAH yg patut kita ikut. Berikut adalah diet Rasullulah SAW. Menurut Ustaz Abdullah Mahmood, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Diet baginda adalah:
(1) Jangan makan SUSU + DAGING
(2) Jangan makan DAGING + IKAN
(3) Jangan makan IKAN + SUSU
(4) Jangan makan AYAM + SUSU
(5) Jangan makan IKAN + TELUR
(6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
(7) Jangan makan SUSU + CUKA
(8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
(9) JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
(10) TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. (11) JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Perasan atau tidak, org2 yahudi sendiri mengikut cara pemakanan Rasulullah. Sedangkan kita? Kalau di rumah, sejak kecil lagi, saya sudah terbiasa makan ayam bersama ikan… kadang2 daging bersama ikan atau seafood yg lain… tak perlu fikir jauh, kalau makan tomyam pon dah macam2 jenis ‘haiwan’ ada dalam tomyam tu kan? Kalau hidangan lengkap di rumah, suri2 rumah biasanya memasak satu hidangan sayur, kemudian menu utama dan lauk goreng sebagai sampingan. Contohnya ayam masak kicap, sayur dan ikan goreng… ataupun kari ikan, sayur goreng dan telur dadar. Itu belum masuk bab sangat2 menggemari kari kepala ikan lagi kan? Hidangan2 ini nampak sempurna dan menyelerakan, kita juga boleh kata makanan2 ini seimbang kononnya, tapi hakikatnya cara pemakanan seperti inilah yang mampu melemahkan perkembangan otak kita.

SAMBUNGAN ISI TESIS:

“Di Israel, merokok adalah pantang. Apabila anda diundang makan ke rumah org Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen2 keturunan. ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak(bodoh atau lembab). Ini adalah suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)”

Komen saya: [siapa lagi kalau bukan Israel bukan? Lihat bagaimana mereka menjana minda mereka, tetapi dlm masa yg sama, mereka menggunakan cara yg plg halus untuk memperbodohkan kita yang asalnya tidak la berapa pandai ni… kalau pandai, rasanya takkan ada sesiapa pon dalam masyarakat kita memilih rokok sebagai bahan melepaskan masalah~! maaf kata2 yg agak kasar di sini, tetapi umum mengetahui bahawa hukum merokok itu sendiri makruh di sisi Islam… jadi, tepuk dada tanyalah diri sendiri arah mana yg kita mahukan dalam hidup kita…]

SAMBUNGAN:

“Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (seperti senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.”

“Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.”

“Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekankn dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.”

“Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.”

”Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala(zikir), ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!”

”Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. ”

”Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. ”

”Merokok menjanjikan generasi yg tidak baik dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore yg menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu pantang sekali dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! ”

“Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan sebenarnya ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak. Saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei sepanjang 5 mukasurat penuh. Essei nya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Itulah tadi hasil tesis yang telah dijalankan oleh Dr. Stephen Carr Leon. Kita sememangnya perlu menanam rasa benci pada golongan yg kejam ini, tetapi banyak kelebihan daripada mereka mampu kita pelajari dan ikuti… Kurangnya kita selama ini sebenarnya kerana amalan kita seharian juga. Jadi mengapa tidak kita mengambil pengajaran drpd sikap dan cara org2 yahudi memastikan generasi yg lahir dr janin2 masyarakat mereka adalah generasi yang bijak pandai belaka? Rasulullah banyak mengajar dan meninggalkan sunnah2 baginda yang baik kepada kita. Memakan kismis, madu, buah di makan sebelum nasi dan sebagainya. Selain daripada itu, kita juga kaya dengan doa2 penerang hati. Jadi adalah rugi seandainya kita amalkan amalan2 utk menerangkan hati, kemudian kita tutup semula penerangan hati itu dengan rokok, atau cara2 pemakanan yg tidak betul.

Pd pengamatan saya sendiri, orang Melayu kurang menitik beratkan soal melatih anak2 utk perkembangan minda mereka. Rupa2nya seawal di dalam perut, kita sudah boleh menjana pertumbuhan minda anak2 kita… Jadi saya rasa masih belum terlambat utk kita laksanakannya… apa kata kita mulakan dr sekarang utk menjadikan generasi2 depan iaitu anak2 kita sendiri nanti sebagai generasi2 yang sihat fizikal dan mantap mentalnya… Dan disamping itu kita juga tdk lupa menyemai dan menghidupkan rohani mereka… Apa yang baik sama2 kita kongsi, dan yg buruk itu sama2 kita jadikan sempadan dalam hidup kita…

Wassalam

18
Jan

Doa untuk kekasih….

Doa utk kekasih hati

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…

 

 

Seorang kawan dtg mencari… meluahkan isi hatinya… bahawa dia telah terjatuh hati pd seorang lelaki… katanya; pada awalnya dia masih mampu melawan perasaan itu… dibuangnya jauh-jauh supaya tiada maksiat di hati… supaya tiada angan kosong yang melalaikan… kerana dia seorang yang mahu menjaga dan memelihara hak hatinya pada hanya yg berhak… kagum sungguh saya padanya…   

Saya sangat2 mengenalinya… dia seorang yg kuat dan sentiasa jelas dgn kehendak diri sendiri… dia seorang yg tak pernah lupa diri dan tak pernah pula kalah dengan mainan hati…. Tapi kali ini…. DIA TEWAS…. Setelah berusaha sekeras hati, sedaya mungkin…. Perasaan itu tidak pernah pergi… semakin cuba dilupakan, semakin perasaan itu datang merisik… “apa aku patut buat min?” itulah soalannya pada saya… 

Dia tahu persahabatannya dengan lelaki itu baik, tetapi mengapa perasaan yg lebih dr kawan itu datang menjengah? Ermm kawan saya tu sendiri tak punya jawapan… maka perlukah dia mengorak langkah menyusun kata meluah perasaan? Oh tidak~! Itu bukan cara terbaik pada saya. Dan soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya… tak terjawab rasanya… Katanya lagi; air mata sudah jadi teman setia setiap kali dia mengenangkan gelora hatinya… aku sangat2 mengasihanimu wahai teman… dapat kurasa sakitnya menahan perasaan yg tak terluah itu…  

Menyukai seseorang itu lumrah alam… itu adalah ketentuan dan kemanisan yg ALLAH anugerahkan… maka andainya perasaan itu datang, ia datang bukan sbb kita yg mintak kan? itu adalah nikmat sebenarnya…Tetapi, dalam menjalani hidup2 seharian, hubungan lelaki dan perempuan ada batas2nya… dan apabila urusan hati menjadi mainan utama, maka tindakan segera perlu diambil agar kita tidak terleka… dalam kes kawan saya ni, dia tidak mahu bermain dengan hati dan perasaan… kerana itu, dia kepingin sekali mengetahui adakah lelaki itu jodohnya sehingga ALLAH mengujinya sehebat ini? Mengapa debarannya, perasaannya pada lelaki itu semakin menderanya? “jadi, apa arah yg aku kena tuju skarang ni min?” tanya kawan saya tu lagi… Tak terduga, dia kini sudah hilang arah…. Dia yg saya kenal dari dulu bukanlah begini… Sebagai kawan, apa lagi yg dapat saya nasihatkan? 

Pabila kita manusia dan hamba hina ini kehilangan arah, maka ke mana lagi harus kita pergi? Hanya padaNya… duhai teman, doa di atas ini adalah doa yg baik untuk kita pohon dan amalkan agar kita ditemukan dgn jodoh yang benar2 telah ALLAH tuliskan untuk kita… andainya si lelaki itu benar untukmu, maka pohonlah agar ALLAH memberi petanda yang jelas… mendekatkan kalian dengan cara yang baik, menyatukan hati kalian dengan jalan yang dianjurkan dalam agama kita… Dan andaikata dia bukan jodohmu, maka berdoalah agar ALLAH menenangkanmu… menjelaskan apa yang kabur agar tidak terdera lagi perasaanmu… mohonlah padaNYA… mohonlah sehingga tenang rasa hatimu…

Soal hati ini bukanlah soal yang mudah utk dijawab…. Hanya si pemilik hati yang tahu bagaimana rasa hatinya tu kan? sejak saya di sekolah menengah, mak saya pesan….

“kak, berdoalah dari sekarang agar ALLAH menjaga dan memberi kesenangan kepada jodoh Akak tu… kerana jodoh adalah apa yg ALLAH dah tetapkan… walaupun kita tak jumpa lagi jodoh kita, tapi sentiasalah berdoa supaya ALLAh menemukan akan dan dia pada masa yang sesuai dengan cara yang baik…berdoalah semoga ALLAH memberikan kesempurnaan akal kepadanya, kesempurnaan kesihatan dan yang terpaling penting… supaya dia dipelihara ALLAH menjadi seorang mukmin yg ada imannya… dan pada masa yg sama, berdoalah agar kita nanti menjadi jodoh yang terbaik juga untuknya, maka bermohon dan berusahalah untuk menjadi hamba yang baik, agar kita bukan sahaja mengharapkan yg terbaik, tetapi mampu menjadi insan yg baik disisi jodoh kita nanti untuk saling lengkap-melengkapi…” 

Itulah pesan mak saya… dan saya sampaikan pula kepada kawan saya tu… supaya dia tak lupa bahawa doa itu adalah senjata kita… Jgn lupa juga doakan saudara-saudara kita di Gaza…. Bila difikir2kan semula… kita sekarang ni hanya terseksa dengan mainan hati, soal perasaan… dan kadang2 mungkin masalah kesempitan wang, tidak ckp itu dan ini…. tapi hakikatnya kita masih boleh menjalani hidup sempurna seperti biasa… sedangkan pada masa yg sama, jauh di sana… anak2 kecil dan wanita2 palestin sedang berlawan dengan kekejaman dan kezaliman Israel, orang2 tua dibunuh tanpa belas ehsan…

 

mengapa wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang2 tua yg menjadi sasaran rejim zionis ini? dan mengapa anak-anak muda yg mereka biarkan untuk hidup? sedangkan pada fikiran logik akal, golongan wanita, kanak2 dan orang tua itu adalah golongan yg lemah….

mereka sangat bijak… yahudi; strategi mereka disusun sempurna… wanita-wanita dibunuh, kerana dari rahin itulah, akan lahirnya khalifah-khalifah… anak-anak kecil menjadi sasaran kerana generasi inilah yang membara hatinya, paling membakar semangatnya untuk melawan dan membalas dendam… inilah kumpulan yang akan bangun mempertahankan bangsa dan agamanya… org2 tua takkan dibiarkan lepas untuk hidup kerana mereka inilah yang akan menceritakan sejarah2 dan segala kekejaman rejim zionis kepada org2b palestin… maka sebelum semangat jati diri lekat di dada generasi muda, maka golongan inilah yg patut dihapuskan terlebih dahulu…. lantas mengapa pula anak2 muda bukanlah sasaran utama mereka? itu kerana… anak2 muda boleh disogok dengan mudah… hanya perlu kelabukan mata dengan hiburan dan kesenangan…. itulah strategi yahudi… sekecil2 langkah marilah kita menanam kebencian… minimakan penggunaan barang2 US dan apa sahaja yg menyumbang kepada israel… semoga selemah2 usaha ini dapat meringankan beban yg ditanggung saudara2 kita di sana…

sesunguhnya saya yakin, aqidah di hati mereka tak pernah goyah…malah mereka semakin kuat… untuk berjuang bersama-sama… saya tahu saya tidak mampu… hanya doa yg dapat dipanjatkan agar ALLAH memelihara mereka… gugurnya mereka adalah syahid… hidupnya mereka menjunjung agama sebagai perwira Islam…. Mudah2an sakit mereka itu sama2 kita rasa…. Dan kepedihanmu itu saudara-saudaraku… Tak terbayang akalpendek ku ini…

Wassalam.

08
Jan

TeRhArU!!! terima kasih banyak2…

 Assalamualaikum…

          Seperti biasa arini seawal subuh lagi dah kena kluar rumah utk ke hanguk university for foreign studies… sampai sana dalam pkl 910 pg… lepas tu saya terus print notes utk pengajaran arini… mcm biasa, bersama dengan 6 org student kesayangan hamba itu, takkan pernah kering gusi… kami belajar sambil berbual-bual tentang hal masing2…. Berkongsi cerita dan bergurau-senda dengan menggunakan bahasa skema dan baku mmg kelakar bunyinya… tapi takpe, di peringkat awal ni, saya mmg dah boleh bg dorang A+… dah siap boleh buat lawak walaupun vocab dorang tak la sebanyak mana lagi… 

          Ermm arini Dr Su’ad dan anaknya Ilani beriang-ria gi men ski ngan Hakim… harap2 Ilani enjoy sangat2 sbb dia la yg teringin sesangat nak main… Ilani dah nak blk oz isnin ni… walaupun baru je lagi kenal dgn si suara manja tu, tapi jalan2 ngan dia, borak2 ngan dia, share cerita dan hobi itu dan ini dgn dia mmg best sangat2…. Mcm mana maknye… gitula anaknya… seronok sangat dapat kenal Ilani ngan mak Ilani… keep in touch eh kita ^^ 

          Mcm biasa juga, lepas kelas saya lunch dgn student2 saya tu… tapi harini agak malang. Kesemua menu adalah tidak halal di makan…. So takpe la. Makan oren je sambil borak2 n layan org2 dewasa itu makan…. Dan seperti biasa juga, meja kami mmg riuh nak dibandingkan dengan meja2 lain… apa yg mengagumkan saya, walaupun bercakap sesama mereka, student2 saya ni akn sedaya upaya menggunakan bahasa melayu… sbb tu dorang cepat dapat berkomunikasi guna BM.  

          Rasanya lepas ni teringin sangat nak record roleplay dalam kelas… sangat2 menarik… letak kat youtube ke kan… aaa glemer sket dorang mcm sorang ustaz arab yg pandai ckp Kelantan tu :d 

           Ermm k kita stop dulu cite pasal kelas… sbbnya ada satu lagi cite yg best dan menggumbirakan….ermm atau lg tepat boleh dikatakan sebagai peristiwa mengharukan…. Blk je dari mengajar tadi, baru siap2 nak buat sumthing, tetiba syifak tanya; “awak nak pergi mn Yasmin? Eh nanti dulu… sat2… nah amik ni…bla bla bla bla… dari kitorang tigorang…” erkkk biar betul korang nih…. Nak amik pon rasa mcm percaya tak percaya je…. Sangat2 suka tak terkata apa… mmg suka la sangat222222…. Kalau la student saya ada dekat2 kan.. dah suruh dah dorang cakap serentak… “anda semua sudah buat cikgu kami terharu!!!!” [hihi tadi ada ajar dorang word terharu dalam kelas] 

 

        Tengs maria, tengs umi… teng syifak…Tengs sesangat…. Ermm ni sebenarnya adiah bday saya… belated ke… in advance eh? Depa kata belated… Hehe takpe… 2 in 1 la tu kita kira…. Apa2 pon sangat2 suka….tapi adakah ini galang ganti calon suami saya syifak? Haha sengal~! Ermm tak tau nak kata apa dah melainkan daripada sukaaaaaa dan terima kasihhhhhhh…. 

 

26
Dec

cikgu yasmin…

seronok rupanya jadik cikgu nih :D… tapi mengajar budak2 kecik dgn org2 besar ni mmg lain sangat2… kalau nak bandingkan pengalaman ajar budak2 kecik last year kat hanyang women’s college… dgn budak2 ni kita kena pandai pujuk, nak soh dorang rajin kena suap gula2…. Belanja aiskrim… belikan coklet… sape yg rajin jawab dan siapkan homework on time, masa break bleh ikut cikgu ramai2 pergi ministop atau gs25, pastu cikgu belanja apa je yg dorang nak… hihihi budak2 kecik tu mmg comel2 belaka… telatah dorang pon mcm2 sampaikan kadang2 tu kita nak marah pon tak jadik sbb dorang pandai amik ati…

dan the best part dgn dorang ni ialah bila saya ada can membebel :p smua senyap je… dgr je apa yg cikgu dorang ni dok bebel2kan… tu kalau kelas baik la kan… skali dapat kelas nakal… ya rabbi, tuhan je la yang tau…. Cakap kita mmg la dia tanak dengar, org terangkan kat depan, dia buat bising kat belakang…. Tengking skali pon dia buat tak heran je… last2 bila cikgu ini naik angin… aaaa abes la korangggggg…. Maka bermula la episode men kejar2 dalam kelas…. setakat men kejar2 ni dah biasa dah….

Ingat lagi masa dorang sebuk2 dok men nintendo dalam kelas… suruh simpan dia tak layan… maka dgn garangnya, cikgu ini pon memberi amaran… “sape tak simpan nintendo masing2… dan teruskan jugak main, nnti saya rampas… dan saya akan ambik…”dah kalau jenis nakal tu kan…. Mn nak dgr cakap, keje dia tanak buat, org ajar pon dia tanak belajar… last2 cikgu garang nih rampas je… dan dgn megahnya cikgu ini pon berkata… “terima kasih… saya dah lama nak beli nintendo ni… ermm nampaknya skarang tak perlu beli lagi” …. Tak semena2… budak tadi pon menangis… erkk cuak jugak sebenarnya time tu…. Tapi cikgu ni bajet2 macho lagi…

Knp kamu mengangis?

Cikgu, nanti ayah saya marah… nintendo tu bukannya murah….

Ooo mahal ye… berapa harga dia?

200k won cikgu….

Ooo mahal rupanya… abes tu yuran belajar kamu kat sini sebulan berapa?

600k won…

jadi mn yg lagi mahal? Nintendo atau yuran belajar English?

Skali satu kelas yg agak riuh rendah tadi pon terdiam…. Dengan kekuasaan yg ada sebagai seorang cikgu… saya pon memulakan kesukaan membebel saya kepada budak2 kecik itu[haii kesian sungguh la budak2 kecik ni jadik mangsa keadaan tak semena2]… umo dorang dalam lingkungan 9~12tahun… kasi motivasi sket… bagi dorang nampak, nilai duit yg mak ayah dorang perlu keluarkan semata2 untuk bagi dorang pandai english…. Dan tanpa saya duga… satu kelas mengangis… dah la kat bilik tu ada CCTV sebenarnya… mmg pengetua tgk je apa yg berlaku… Cuma suara je la yg tak keluar…bila smua dah ok… saya sambung mengajar semula… dan lepas abes kelas… smuanya siap2 nak balik… sebelum balik, smuanya mintak maaf dan janji lepas ni takkan main2 lagi dalam kelas… comel kan budak2 kecik tu? Tapi part yg paling2 comel… 2 hari lepas tu… satu kelas kumpulkan duit dan belikan coklet utk saya tanda mintak maaf… haiii comel btul budak2 kecik nih~! Rindu btul dgn dorang….

Itu kisah mengajar budak2 kecik… berbeza dgn ajar org2 dewasa… takleh dah nak kasi gula2 ke, keropok ke… dgn org2 dewasa yg berpangkat besar ni… saya pon naik cuak awalnya… tp Alhamdulillah… dorang ni smuanya sempoi je… sgt2 seronok kat kelas tadi… walaupun baru 4 hari belajar BM, percaya atau tidak, dorang dah boleh ckp sikit2 dan faham bahasa2 mudah…. Siap boleh buat lawak lagi…

kesemuanya ada 6 org, 5 lelaki dan sorang perempuan… walaupun sepatutnya smalam cuti(krismas), tp bila yg kita ajar tu org yg bermotivasi, hari cuti pon dorang nak belajar jugak… berhadapan dengan CEO, manager2 dan sr engineer bukanlah mudah bg saya… tp sbbkan dorang ni mmg jenis yg sangat2 kelakar dan aktif dalam kelas… segalanya jadi mudah… masa tgh mengajar tentang “memperkenalkan diri”, saya pon tanya la pada sorang student ni… En Kim dong hyeon…

“En. Kim, anda suka apa?”

“saya suka perempuan-perempuan cantik”…

Adoiii tak terpk pon saya dia nak jawab camtu… mmg bantai gelak la satu kelas… maksud soalan saya tu nak tanya apa hobi dia… sbb contoh yg saya bg sebelum2 tu pon tentang hobi dan makanan kegemaran… skali tanya dia, aa amikkkk…. Perempuan2 cantik yg dia suka rupanya… 3jam bersama dorang dalam kelas mmg tak rasa apa2… walaupun isi pembelajaran smalam agak banyak… tp dorang nampak boleh je nak terima…

Cuma ada satu masalahnya kat sini yg saya rasa sangat2 kesian dengan dorang ni… kelas ni ada 2 sesi; pagi dan petang… sesi pagi tenaga pengajarnya dr MALAYSIA dan kami diberi tugas utk ajar tentang “perbualan harian”. Sesi petang pula blajar tentang tatabahasa dan diajar oleh tenaga pengajar KOREA yg ada phd dalam Bahasa Melayu… masalahnya kedua2 org Dr ni dapat phd tu dr Indonesia… makanya bahasa melayu mereka juga adalah bahasa Indonesia… bukan bahasa MALAYSIA…

So sepanjang 4 hari ni, student2 saya ni dah banyak jugak mengeluh sbb vocab yg dorang belajar dr kelas sesi petang berbeza… dorang ni smua akan ke Malaysia pada 18 March next year dan akan duduk kat msia selama setahun… makanya semestinya lah dorang kena percaya lebih pada saya dan Dr Sua’d sbb kami org Malaysia kan… hihihi…. Sepanjang mengejar pon takde masalah komunikasi sbb kesemuanya mmgterer speaking… dan utk berhadapan dgn dorang ni, saya tak boleh pergi dgn kepala kosong… kena persiapkan banyak perkara terutamanya pasal pengetahuan am tentang Negara sendiri… sbb mmg tiba2 je aka nada je yg tanya pasal undang2, culture, ekonomi, kemasyaratakat… dan banyak lagi la…. Kalau tak sure, saya lagi senang utk ckp “kelas berikutnya saya akan bgtau kamu secara details tentang perkara ni” … ihihi rasanya lebih selamat untuk saya tangguhkan maklumat ke kelas berikutnya drpd saya ckp atau bg maklumat yg salah kan… tak gitu?

Ok.. sampai sini dulu… tata titi tutu… wassalam

25
Dec

Cepat Bosan….

Saya seorang yg cepat bosan dgn sesuatu perkara…

Ye ye ye dan iye… ini adalah satu penyataan yg benar, tepat lagi jitu~! Biasanya apabila mula menyukai sesuatu, si yasmin ini akan berusaha bersungguh2 untuk buat kesemua yg dia suka dan mula minat itu sepenuh hati, jiwa dan raganya tanpa henti… pernah seketika tu buat punya buat sampai sakit leher2 sbb terlalu yoljung dengan hobi yg saya “tgh suka” tu….

Setelah mendalami dan menjiwai menda2 tu[merujuk kepada kepelbagaian hobi saya tapi xde la dibuat pada masa yg sama... sbbnya...ermm mcm tajuk entry ni jugak.. sbb cepat rasa bosan dan jemu, saya akan lompat ke aktiviti lain pulak :D], dan apabila sampai ke satu tahap yg saya rasa saya ‘dah puas’ dan dah menguasai apa yg saya suka itu, maka satu perasaan akan wujud dalam diri… iaitu perasaan untuk memajukan dan memperbaharui skill2 yg saya ada dalam bidang itu… saya tak suka buat dan hasilkan menda yg sama… makanya setiap hasil yg kluar drpd sentuhan tangan saya perlulah berbeza setiap satunya…. Selagi mampu, kepala ini akan dikerah sedaya mungkin sehingga saya dapat hasil yg sangat2 memuaskan kehendak naluri saya sendiri….

Dan untuk sampai ke tahap itu, kadang2 saya sampai “berpecahan kepala” mencari idea2 baru… yg pastinya saya nak hasilnya “lain drpd yg lain”[kononnya la kan...]….. setiap perkara yg kita buat mesti ada climaxnya kan… so climax bg aktiviti2 saya ni, bila dah sampai ke kemuncaknya dia akan mula menuruni plot2 untuk mencari penyelesaian kepada sebarang konflik yg timbul… dan di tahap inilah saya akan dapati, idea2 saya akan mula menjadi kurang bagus… ssh untuk dikeluarkan… dan apabila saya semakin blur, buntu dan tak berilham… dengan tenang hatinya akan saya katakan kepada diri sendiri “ok min… tgh takde idea tu… apa kata berenti dulu… tukar dgn benda lain pulak….”

Makanya dengan ghairah dan sifat perasan yg ada dalam diri ini[saya selalu perasan yg saya boleh buat banyak benda walaupun hakikatnya tak boleh…. Haiii mmg syok sendiri n bajet bagus btul rupanya :D], maka saya pon mulala buat menda2 lain pulak… cari apa sahaja aktiviti yg boleh saya uji kemampuan dan keupayaan hasil kerja tangan saya…. Dan seperti yg sebelum2nya… saya mmg sungguh2 pada awalnya… dan kebiasanya apa yg saya nak tu Alhamdulillah menjadi… malangnya… kehangatan itu ibarat seperti hangat2 tahi ayam candu semata2….. huhuhuhu~~~~ [sungguh busuk bau tahi ayam candu itu… so, pesanan penaja,kepada yg tanak bau perfumenya ilang, maka jgn didekati sangat najis muttawasitah itu ye...]

bermain salji...yeayyyyy~!

bermain salji...yeayyyyy~!

Kesimpulannya; saya rasa…saya ni cepat bosan dengan sesuatu perkara yg saya buat… walaupun pada awalnya saya sgt2 minat, tapi akhirnya setelah beberapa ketika…..minat tu akan semakin pudar… Haiiiihhhh sbb tu jugakkah saya skang ni dah rasa mcm malas dah nak belajar walaupun dulu saya sangat berkobar2 nak sambung master? Erkk… ntah la yasmin… Kamu ini sungguh la macam2 dan manusia yg tak rancang hidup dengan btul la~! Ishk nak kena ketuk sungguh la… aaa cuti 2 bulan ni sila congni hidup anda dengan betul ye… jgn nak ikut aliran je…

Ok itu tadi kesimpulan pertama yg tak berapa nak masuk kepada tajuk penceritaan sangat… kesimpulan sebenar2 kesimpulannya…. Adakah benar sikap2 saya di dalam memenuhi hidup dgn hobi2 saya yg tidak kekal lama itu menunjukkan bahawa saya ini seorang yg hangat2 tahi ayam candu semata2? Ishk… Jgn la nilai saya camtu… saya takde la hangat2 tahi ayam… kalau saya nak buat sumthing kan… saya mmg sentiasa bersungguh2 tau… cumanya… tu la… bila sesuatu benda tu tak mampu lagi nak bagi sebarang perubahan dan impak yg menarik bagi saya… maka saya akan stop sbb apa yg saya pk, kalau teruskan jugak pon, takkan ada improvement, so baik biarkan je dia kat situ sampai saya sendiri dah ada daya nak mengimprovekan kualiti dan kuantitinya semula nnti… baru saya buat balik :p

Hahaha apa mendala yg direpekkan ntah arini… ni kesan dah lama tak menulis kot… lantak la kan… sape soh korang baca :p eh silap2…. Patutnya kena ckp…. “mekasih la sbb baca…” hihihi… nnti free2 jengah la lagi ye ^^ ohye… ckp pasal “cepat rasa bosan” ni pon kan…. Mak ngan ayah saya pon dah faham ngan anak sulung dorang yg sorang nih… sampaikan mak ngan ayah saya pernah ckp “dok cepat2 bosan ni… esok2, jgn sampai cepat rasa bosan ngan suami sendiri dah la ye kak…..”

Erkkk… Hahahaha … Mn ada… ngan suami takkan bosannye… Takut si suami tu yg bosan ngan saya nnti ada la kot… kerana saya ini mmg seorang yg agak membosankan sedikit… Ermm tetiba terasa mcm bosan jugak kan kalau asyik ckp pasal menda2 yg membosankan nih? Persoalannya… Bila kita ckp pasal perkara yg membosankan… pastu kita asyik nampak perkataan “BOSAN” je dalam satu2 penulisan tu kan… org2 yg baca tu rasa camne eh? Bosan tak? Hahahahaha… Nampak sangat yg tengah menulis ni pon tgh kebosanan sebenarnya :p …

Eh sebenarnya takde la bosan pon sbb ada je menda yg nak dibuat… Cuma tetiba teringat bila ira tanya pasal Kristal n batu2 swarovski tadi… Tadi temankan nad n parents dia pergi dongdaemun beli batu2 kristal utk loket rantai dan gelang2… Biasanya kalau pergi situ saya takkan blk dengan tangan kosong… paling kurang pon saya akan habiskan 50k won untuk tambahkan stok2 batu Swarovski saya[setakat ni saya dah buat lebih drpd 100 utas rantai,jam dan gelang]…sbb tu la ira tanya tadi “banyak ke beli stok?” , dan apabila mendapat soalan tersebut, dgn selambanye saya menjawab “hihihi minat2 saya kearah itu semuanya dah hilang….” Then ira terus kata “ermm ye la kan, dia dah ada hobi baru…[cross stitch]”

Ekceli cross stitch ni bukan hobi baru… dah lama dah pon buat menda2 ni, blk cuti winter last year pon sebuk dok buat cross stitch ni pastu jahit2 buat sarung kusyen letak dalam kete ^^ dah setahun berenti tak buat… so cuti kali ni nak sambung blk… dah beli 2 gambar yg sangat comel utk dicross dan distitch kan….satu tu gambar perempuan jpn pakai kimono…dia pgg payung dan ada bunga2 sakura disekitarnya… Dan satu lagi gambar karakter2 korea dgn baju trad. Korea yg sangat2 comel jugak… Tadi baru buat sket je… pasni akan dirajin2kan diri lagi :d

Erkk igtkan tadi nak tulis sket je….Panjang melampau pulak dah ni… Huhuhu hentam je la labu… aa tapi saya dah dapat satu kesimpulan muktamad kat sini… esok secara officialnya saya akan start mengajar BM kepada pegawai2 samsung itu… erkk agak kecut perut nih… jumpa esok ye murid2 ^^

Nota kaki: saya agak jeles ngan sorang kawan saya yg dalam diari hidup dia kan… takde istilah bosan… sbb dia sentiasa ada je menda yg dia nak buat…. Yg kelakarnya… Dgn senarai2 benda2 yg dia nak buat dalam hidup dia tu, smuanya dia listkan supaya dia dapat mati dengan aman… Hahahahahaha[meh kita gelak besar sket…] mmg macam2 sungguh la kawan saya tu… semoga 2/3 lg keamanan akan anda perolehi dalam hidup2 mndatang ni ye… Nitos… wassalam

18
Dec

Ku merinduinya…

Pernah tak mengalami satu mimpi yg membuatkan anda rasa mcm tanak bangun? Atau… setelah terjaga beberapa kali, anda terfikir2 sejenak dan terasa berat sekali untuk membuka mata….dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidur semula… dan… ketika anda mula melelapkan mata untuk kesekian kalinya itu, anda mengharapkan agar mimpi yg telah datang sebentar tadi bersambung semula seperti sambungan episod2 drama bersiri… pernah tak mengalaminya?

Saya seorang yg jarang bermimpi… dan selalunya mimpi yg datang agak member kesan pada saya ^^ tapi kalau mimpi tu adalah mimpi yg tak best… tak payah tunggu nak kenang2kan lama2, beberapa saat selepas bangun saya dah takkan ingat apa2… tapi… apa berlaku 3 hari lepas adalah sesuatu yg berbeza…lama sungguh tak rasa nikmat mimpi sebegitu…

“sungguhpun hanya sekadar mimpi, suaranya masih terngiang2, gurauannya masih dapat kurasakan… sungguh indah… penuh dgn kasih sayang… miss him…”

Tak terduga, keresahan dan sesak2 otak di minggu final xm membawa saya untuk menikmati satu rasa yg dah lama skali saya tak lalui… malam itu, setelah kepala berada di tahap tepu, saya merebahkan diri ke katil… ermm tidur selepas subuh… tidur di kala matahari dah mula menunjukkan diri…

Di alam lain itu, kenangan 10 tahun dulu datang kembali… kenangan di rumah tepi lombong di Cheras Baru; bersama2 mak ayah, kinah dan dia…. Di alam itu, saya dan kinah bermesra2 dengannya… bermain2 mcm dulu2…. Kami bergelak ketawa… bergurau2 dan bermain2 sampai tak hiraukan apa yg berlalu disekeliling…. Hihi mmg mimpi pon kan… so itu adalah dunia saya… makanya wataknya juga hanyalah kami berlima….

Setelah terjaga…. Saya agak sedih… “oh… itu semua hanya mimpi rupanya….” Sepatutnya saya dah kena bangun dan sambung stadi time tu… tapi akhirnya… direbahkan semula kepala ke bantal… dan mimpi itu bersambung semula… kali ini kami dah semakin besar… kenangan di sekolah menengah saya lihat semula… terasa seperti memainkan semula pita video cerita lama…

3 kali saya terjaga… dan ketiga2 kalinya juga saya sambung semula dan mengharapkan mimpi2 itu dtg lagi…. Dan sememangnya mimpi itu dtg kembali…. Sesungguhnya itu mainan tidur…. Semoga ianya bukan dari Syaitan kerana saya sungguh2 rindukan dia… 17tahun bersama bukan satu tempoh singkat… dan kami dah saling mengenal sesama sendiri… kami bukan insan asing… dan dia sungguh2 memahami… berkongsi segala cerita, minat, suka dan duka….

Tipu la kalau saya kata kami tak pernah bergigit lidah kan… malah kali terakhir saya jumpa arwah pon di saat hati ini sangat marahkannya…. arwah hantar saya dengan lambaian mesra dan kata maaf ketika saya nak kembali ke intec uitm…

“kak, pergi elok2… nnti dah sampai msg… next week blk lagi tau…”

Saya hanya menjeling….

“amboi… marahnya dia… dah2 la tu… org dah mintak maafkan…. Sori la… dah pulangkan blk dah pon kan… ishk mencuka je… senyum la skettttttt”

Saya masih diamkan diri… ambik beg dan terus panjat motor ayah… saya hanya menjeling geram… marah masih bersisa di hati ketika itu…. Dan itulah apa yg sangat2 saya kesali…. Kerana kenangan terakhir saya bersamanya adalah kenangan yg hanya membuatkan saya marah dan membenci diri sendiri… sedangkan sepanjang seminggu sebelum arwah pergi… nama saya tak pernah lekang dari bibirnya… sedangkan ketika itu… marah saya masih belum reda2… wan… maafkan kak min….

Mungkin dia juga merindui saya… kerana itu dia hadir di dalam mimpi… mungkin juga dia mula merasakan kasih saya padanya dah tak sehebat dulu… ya… saya akui… ingatan saya padanya kini dah tak sekuat dulu… kenapa sayang saya makin berkurang? Adakah kerana dia dah lama pergi? Sepatutnya… di saat dia dah jauh di alam sana, saya perlu sentiasa dekatkan diri pada yg Maha Esa… menghadiahkan yassin dan al-fatihah untuknya sentiasa… agar dia tak pernah terlepas dari merasa nikmat kasih saya padanya… wan… dah lama kan kak min tak ziarah kubur wan… dah setahun… insyaALLAH, sebaik saje sampai kat msia feb nnti… kan ku langkahkan kaki terus ke pusaramu… sesungguhnya aku, terlalu merinduimu….

Wassalam…

12
Dec

러브 러브…

Forgive him who wrongs you;

join him who cuts you off;

do good to him who does evil to you;

and speak the truth even if it be againts youself.

[Inscribed on the Prophet Muhammad SAW's sword]

 

With true friends…even water drunk together is sweet enough. [Chinese Proverb]

 

Never  shall  I forget the times I spent with you; continue to be my friend, as you will always find me yours. [Ludwig van Beethoven]

 

A friend is someone who sees through you and still enjoys the view.

[Wilma Askinas]

 

If you haven’t learned what friendship means then you haven’t learned anything [Muhamid Alli]

 

There is only one happiness in life — to love and to be loved. [George Sand]

 

When you are in Love you can’t fall asleep because reality is better than your dreams.” [Dr Seuss]

 

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart. [Helen Keller]

 

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts); verily in that are Signs for those who reflect.[Al-Room, verse 21]

 

And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah.s favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided.{Al-Imran, verse 103]