Archive for August, 2009

07
Aug

SAYANGILAH IA… kerana ia tiada ganti…

Assalamualaikum….

Kembali setelah sekian lama menyepi… hehehe…

Sebenarnya dah lama saya nak share something kat sini, tp tak berkesempatan…

Dan akhirnya hari ni, Alhamdulillah saya diberikan sedikit kesempatan untuk berkongsi satu perkara yg sangat2 perlu kita semua tahu.

 

Samada kita sedar atau tidak, semua di antara kita yanq dilahirkan normal dianugerahkan satu organ yang berfungsi untuk membersihkan darah dan mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di badan . Organ ini  hanya sebesar genggaman tangan tapi fungsinya sangat2 besar… Itulah hebatnya ciptaan tuhan… Berbanding dengan mesin Heamodialisis yang digunakan untuk menjalankan fungsi2 buah pinggang bagi pesakit2 yang buah pinggang mereka gaal berfungsi, memang jelas sekali dapat kita lihat betapa hebat, besar dan tingginya ILMU dan KEKUASAAN ALLAH SWT. Tidak perlu kita sangkalkan lagi….

 

Meringkaskan fungsi buah pinggang, umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup. Organ ini juga sebenarnya menapis 200 liter darah setiap hari….

 

Persoalannya apa akan berlaku jika buah pinggang kita gagal berfungsi?

Segala aktiviti yg dinyatakan di atas tidak dapat berjalan dengan baik… Bahan kumuh yang terdapat dalam badan tidak dapat dikeluarkan dan akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada pesakitnya…. Saya tidak berilmu untuk menceritakan tentang penyakit ini, lebih baik kitanya kita dgr kata doctor pakar sendiri kan… tapi perkongsian yang ingin saya bawa pada hari ini ialah, bagaimana untuk kita menyetahui status kesihatan buah pinggang kita… lebih baik kita tau awal drpd tau lambat…

 

ADAKAH BUAH PINGGANG ANDA SIHAT?

Kita boleh menilai status kesihatan buah pinggang kita dengan menjawab soalan2 berikut:

1)      Adakah anda pengidap diabetes?   

2)      Adakah anda mempunyai tekanan darah tinggi?

3)      Adakah ahli keluarga anda mempunyai sejarah diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang?

4)      Adakah anda mempunyai berat badan berlebihan?

5)      Adakah anda berumur lebih daripada 50 tahun?

6)      Pernahkah anda mengalami penyakit batu karang?

7)      Adakah anda mengalami gejala2 berikut?

-Letih atau lemah

-Mata bengkak

-Sukar untuk kencing, kencing yang menyakitkan

-Muka, tangan, abdomen, buku lali dan kaki membengkak

-Kencing berbuih

-Kehausan bertambah

-Kencing berwarda merah jambu, gelap (darah bercampur dgn air kencing)

-Kerap kencing (terutama pada waktu malam)

 

Jika jawapan kita pada mana-mana soalan di atas ialah “YA” , sila rujuk kepada doctor untuk rawatan lanjutan dan jangan melengah2kan pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah dan protein dalam air kencing atau hubungi NKF di talian 1300-88-3110 untuk keterangan lanjut.

 

Pastikan kita membuat saringan buah pinggang untuk mengetahui status kesihatan buah pinggang… sayangilah buah pinggang kita semua kerana organ ini tak ada gantinya…. Pada kawan-kawan yang mendapati ibu atau ayah kita mengalami mana-mana gejala atau memiliki sebarang kemungkinan seperti yg dinyatakan kat atas tadi, jangan dilengah2kan untuk bawak mak ayah ke hospital atau klinik2 berdekatan untuk pemeriksaan….

Sekian saja untuk kali ini…

Wassalam wbt.