seronok rupanya jadik cikgu nih :D… tapi mengajar budak2 kecik dgn org2 besar ni mmg lain sangat2… kalau nak bandingkan pengalaman ajar budak2 kecik last year kat hanyang women’s college… dgn budak2 ni kita kena pandai pujuk, nak soh dorang rajin kena suap gula2…. Belanja aiskrim… belikan coklet… sape yg rajin jawab dan siapkan homework on time, masa break bleh ikut cikgu ramai2 pergi ministop atau gs25, pastu cikgu belanja apa je yg dorang nak… hihihi budak2 kecik tu mmg comel2 belaka… telatah dorang pon mcm2 sampaikan kadang2 tu kita nak marah pon tak jadik sbb dorang pandai amik ati…
dan the best part dgn dorang ni ialah bila saya ada can membebel :p smua senyap je… dgr je apa yg cikgu dorang ni dok bebel2kan… tu kalau kelas baik la kan… skali dapat kelas nakal… ya rabbi, tuhan je la yang tau…. Cakap kita mmg la dia tanak dengar, org terangkan kat depan, dia buat bising kat belakang…. Tengking skali pon dia buat tak heran je… last2 bila cikgu ini naik angin… aaaa abes la korangggggg…. Maka bermula la episode men kejar2 dalam kelas…. setakat men kejar2 ni dah biasa dah….
Ingat lagi masa dorang sebuk2 dok men nintendo dalam kelas… suruh simpan dia tak layan… maka dgn garangnya, cikgu ini pon memberi amaran… “sape tak simpan nintendo masing2… dan teruskan jugak main, nnti saya rampas… dan saya akan ambik…”dah kalau jenis nakal tu kan…. Mn nak dgr cakap, keje dia tanak buat, org ajar pon dia tanak belajar… last2 cikgu garang nih rampas je… dan dgn megahnya cikgu ini pon berkata… “terima kasih… saya dah lama nak beli nintendo ni… ermm nampaknya skarang tak perlu beli lagi” …. Tak semena2… budak tadi pon menangis… erkk cuak jugak sebenarnya time tu…. Tapi cikgu ni bajet2 macho lagi…
Knp kamu mengangis?
Cikgu, nanti ayah saya marah… nintendo tu bukannya murah….
Ooo mahal ye… berapa harga dia?
200k won cikgu….
Ooo mahal rupanya… abes tu yuran belajar kamu kat sini sebulan berapa?
600k won…
jadi mn yg lagi mahal? Nintendo atau yuran belajar English?
Skali satu kelas yg agak riuh rendah tadi pon terdiam…. Dengan kekuasaan yg ada sebagai seorang cikgu… saya pon memulakan kesukaan membebel saya kepada budak2 kecik itu[haii kesian sungguh la budak2 kecik ni jadik mangsa keadaan tak semena2]… umo dorang dalam lingkungan 9~12tahun… kasi motivasi sket… bagi dorang nampak, nilai duit yg mak ayah dorang perlu keluarkan semata2 untuk bagi dorang pandai english…. Dan tanpa saya duga… satu kelas mengangis… dah la kat bilik tu ada CCTV sebenarnya… mmg pengetua tgk je apa yg berlaku… Cuma suara je la yg tak keluar…bila smua dah ok… saya sambung mengajar semula… dan lepas abes kelas… smuanya siap2 nak balik… sebelum balik, smuanya mintak maaf dan janji lepas ni takkan main2 lagi dalam kelas… comel kan budak2 kecik tu? Tapi part yg paling2 comel… 2 hari lepas tu… satu kelas kumpulkan duit dan belikan coklet utk saya tanda mintak maaf… haiii comel btul budak2 kecik nih~! Rindu btul dgn dorang….
Itu kisah mengajar budak2 kecik… berbeza dgn ajar org2 dewasa… takleh dah nak kasi gula2 ke, keropok ke… dgn org2 dewasa yg berpangkat besar ni… saya pon naik cuak awalnya… tp Alhamdulillah… dorang ni smuanya sempoi je… sgt2 seronok kat kelas tadi… walaupun baru 4 hari belajar BM, percaya atau tidak, dorang dah boleh ckp sikit2 dan faham bahasa2 mudah…. Siap boleh buat lawak lagi…
kesemuanya ada 6 org, 5 lelaki dan sorang perempuan… walaupun sepatutnya smalam cuti(krismas), tp bila yg kita ajar tu org yg bermotivasi, hari cuti pon dorang nak belajar jugak… berhadapan dengan CEO, manager2 dan sr engineer bukanlah mudah bg saya… tp sbbkan dorang ni mmg jenis yg sangat2 kelakar dan aktif dalam kelas… segalanya jadi mudah… masa tgh mengajar tentang “memperkenalkan diri”, saya pon tanya la pada sorang student ni… En Kim dong hyeon…
“En. Kim, anda suka apa?”
“saya suka perempuan-perempuan cantik”…
Adoiii tak terpk pon saya dia nak jawab camtu… mmg bantai gelak la satu kelas… maksud soalan saya tu nak tanya apa hobi dia… sbb contoh yg saya bg sebelum2 tu pon tentang hobi dan makanan kegemaran… skali tanya dia, aa amikkkk…. Perempuan2 cantik yg dia suka rupanya… 3jam bersama dorang dalam kelas mmg tak rasa apa2… walaupun isi pembelajaran smalam agak banyak… tp dorang nampak boleh je nak terima…
Cuma ada satu masalahnya kat sini yg saya rasa sangat2 kesian dengan dorang ni… kelas ni ada 2 sesi; pagi dan petang… sesi pagi tenaga pengajarnya dr MALAYSIA dan kami diberi tugas utk ajar tentang “perbualan harian”. Sesi petang pula blajar tentang tatabahasa dan diajar oleh tenaga pengajar KOREA yg ada phd dalam Bahasa Melayu… masalahnya kedua2 org Dr ni dapat phd tu dr Indonesia… makanya bahasa melayu mereka juga adalah bahasa Indonesia… bukan bahasa MALAYSIA…
So sepanjang 4 hari ni, student2 saya ni dah banyak jugak mengeluh sbb vocab yg dorang belajar dr kelas sesi petang berbeza… dorang ni smua akan ke Malaysia pada 18 March next year dan akan duduk kat msia selama setahun… makanya semestinya lah dorang kena percaya lebih pada saya dan Dr Sua’d sbb kami org Malaysia kan… hihihi…. Sepanjang mengejar pon takde masalah komunikasi sbb kesemuanya mmgterer speaking… dan utk berhadapan dgn dorang ni, saya tak boleh pergi dgn kepala kosong… kena persiapkan banyak perkara terutamanya pasal pengetahuan am tentang Negara sendiri… sbb mmg tiba2 je aka nada je yg tanya pasal undang2, culture, ekonomi, kemasyaratakat… dan banyak lagi la…. Kalau tak sure, saya lagi senang utk ckp “kelas berikutnya saya akan bgtau kamu secara details tentang perkara ni” … ihihi rasanya lebih selamat untuk saya tangguhkan maklumat ke kelas berikutnya drpd saya ckp atau bg maklumat yg salah kan… tak gitu?
Ok.. sampai sini dulu… tata titi tutu… wassalam




