Gelap kulitnya, dicaci orang
Dibalas hanya, dengan senyuman…
Cacat luaran, suci-dalaman…
Kepada ALLAH diserah semua…
Insan sejati yang istimewa….
Walau dihina, tetap melangkah
demi mimpinya…
Tak pernah sama sekali sebelum ini saya tengok air mata umi hana mengalir beserta dgn esakan tanpa henti….sehingga memaksa kami yg menjadi saksi turut serta berkongsi duka umi… huhuhu bunyi mukadimah ni mesti buat org tertanya2 apa la agaknya yg dah jadi dengan umi hana ni kan? hihihi…. saje je nak exaggerate…. sebenarnya bukan sekadar umi, malah saya sendiri, ratna, maria dan iylia menangis dengan ‘penuh ikhlas’ menyaksikan movie berjudul “PENSIL”…. (cumanya fes time tgk umi nangis kan… so kena la exaggerate lelebih sket :p)
Filem arahan dan lakonan mantap M.Subash, diproducekan oleh Genius Parade Sdn Bhd sememangnya boleh saya kategorikan sebagai sebuah kisah masyarakat penuh pengajaran… saya memberi jaminan 100% bahawa anda takkan menyesal menyaksikan filem ini seandainya anda punya hati dan nilai perikemanusiaan…..
Nenek dah dengar… kalau rumah, pintu boleh dikunci…
tapi mulut orang, kita tak boleh kunci…
tapi… Badrul tak buat kan?
tak nek… sumpah tak buat….
ye nenek paham.. cucu nenek budak baik…
biar orang cakap… tapi kita tak buat kan…
Kalau orang buat jahat dengan kita…
Orang benci kita, orang tak suka kita….
kita sabar…
sebab kita ni sape punya???
ALLAH!!! ALLAH punya… ALLAH punya…
..Orang pukul kita, orang benci kita, orang tak suka kita, aniaya kita.
SABAR…
dalam hati tu sabar… ingat…. sabar tu nanti tolong kita…
sebab kita manusia… yang tukang buat sape?
ALLAH kan? ALLAH!!! nenek dah ajar kan…
Takpe orang tuduh mcm itu…kita jangan marah dia…
jangan marah mak, mak pukul jangan marah mak! sayang mak!
sayang mak!!!!
orang buat kita, kita jangan marah dia… kita kena sayang…
kita kena apa? sayang…
kena sayang dia…
tengok tangan nenek… kita kena doa…
cakap dengan ALLAH
“Ya Allah ya tuhanku, baikkan hati mak aku,
baikkan hati orang2 yg tak suka dengan aku…
cakap dengan ALLAH, nanti ALLAH bagi….”
Kecacatan seorang “anak buangan” yg penuh dengan rasa cinta kepada ibunya… dia tak pernah tau erti benci…. hatinya hanya ada kasih… biarpun bajunya tak pernah berganti, biar hanya herdik hina yang diterima drpd ibu tirinya… namun baginya, itulah syurganya… itulah ibunya yg terlalu didambakan kasihnya…. biar kecacatannya dipergunakan, namun membenci itu bukan habuannya untuk orang lain… kecacatannya tidak pernah menghalang dia mencari rezeki yang halal…. disanggupkan segalanya hanya untuk menceriakan dan membahagiakan ibunya…. dan dia membina impiannya bersama “PENSIL” kesayangannya….
Cacat fizikal juga bukan bererti dia cacat hati….. dia insan yg sangat memahami, menghargai nenek dgn caranya tersendiri…. sepertimana dia mahu impiannya menjadi realiti, begitulah si kerdil berjiwa murni ini cuba utk memenuhi impian insan yg menjadi tempat dia mengadu dan meraih kasih tak bertepi…. hanya yg melihat dia dari mata hati, mmpu memiliki hadiah besar ciptaan imaginasi badrul yg takkan mungkin termampu dicapai oleh akal normal manusia sempurna..
dan apa yg lebih menarik…. si cacat ini juga mengajar kita mengenal erti INDAHNYA ISLAM…. mengajar yg hilang arah untuk mengenal siapa tuhannya….
ermm kalau cite panjang2 pon nnti jadi tak best pulak kan… rasanya semua org patut tengok sendiri cerita ni… jalan penceritaan yg bukan sekadar untuk kita tonton dan bazirkan air mata… tetapi setiap perisiannya sangat kena dengan apa yg berlaku di dalam masyarakat kita skarang, dan itu perlu kita renungkan sedalam2nya dan menjadikannya pengajaran yg berguna di dalam hidup kita seharian…. ok la… nak tido dulu…. tak pernah bersemangat camni… lepas je abes tgk movie tadi terus nak conteng2 platform merepek2 saya ni tentang “PENSIL”…. selamat menonton kepada yg berminat~! wassalam wbt….







