Archive for September, 2008

29
Sep

konflik aidilfitri….maaf zahir dan batin…

           

             Pejam celik pejam celik, mlm ni dah malam ke 30 RAMADHAN… ermm 30hari tu mmg satu tempoh yg tak berapa lama sangat pun kan? Andainya 30 hari yg lalu kita bersiap2 nak menyambut RAMADHAN, kita mula persiapkan diri kita untuk mempergunakan dan memanfaatkan kehadiran RAMADHAN sebaik mungkin, tp pada saat ini, dah ramai yg mula “melupakan” RAMADHAN kerana kehadiran SYAWAL yg dinantikan akan menjengah tak berapa lama je lagi…

            Sayu rasa hati mengenangkan RAMADHAN dah mula melabuhkan tabirnya… dan aku? masihkan seperti aku yg sebelum datangnya RAMADHAN tempoh hari? ermm tak terjawab soalan ini… hanya aku dan DIA shj yg tahu… tp secara umumnya, RAMADHAN pada kali ni benar2 memberi erti yang ckp bermakna… Alhamdulillah… jiwa terasa tenang, lebih terisi…syukur kepadaNYA kerana memberi satu rasa keinsafan, kehambaan dan kehinaan dalam diri…dan kerana rasa2 yg timbul itulah kita semua beriltizam tinggi memenuhi malam2 ramadhan kita dengan perkara2 yang mendekatkan diri kita kepadaNYA…. Walaupun apa yg kita lakukan mungkin tak sehebat mana, tetapi seandainya itu adalah lebih baik drpd tahun2 sebelumnya maka itu sudah cukup untuk menjadikan RAMADHAN pada tahun ini lebih baik drpd RAMADHAN2 kita yg sebelumnya bukan?

            Kita tak boleh samakan tahap kita dengan org lain… pada saya yg plg penting adalah kejayaan kita untuk mencintai IBADAH dan belajar untuk MENIKMATI ”bulan pesta ibadah”…. Barulah beroleh keberkatannya insyaALLAH… manusia leka cam saya ni selalu sangat la terumbang-ambing… mudah-mudahan kita masih berkesempatan nak nikmati RAMADHAN tahun depan dan tahun2 seterusnya…kerna RAMADHAN ini bulan mendidik jiwa,,,, ALLAh anugerahkannya utk kita supaya kita punyai ruang dan kesempatan memperbaiki diri insyaALLAH….sama2lah kita doakan… semoga ALLAH terus memandu kita semua ke jalanNya…

            ok..maleh a nak ngarut pepanjang… walaupun hati rasa sayu je beraya kat kelas nanti, tp lebih sayu bila mengenangkan ini kali terakhir raya kat korea ngan kengkawan… masuk kali ni, dah kali ke-6 beraya ngan kengkawan, dah mcm terbiasa raya berjauhan drpd famili ngan sanak saudara… bukan nak ckp yg hidup ni hepi sungguh tanpa mak ayah, adik2 dan sanak saudara kat kampung kan… apatah lagi kenalan2 yg dr kecik dok men guli sesama, panjat pokok, mandi sungai pastu keliling kampung kutip duit raya ngan beskal buruk sambil men lumba2 tu kan…. mustahil untuk lupakan smua kenangan tu… org kata tempat jatuh lagi dikenang, nikan pulak tempat bermain… apatah lagi tempat2 yg menjadi sasaran kutip duit raya tu smua…mustahil la kot utk lupa….rasanya pakcik2 ngan makcik2 yg dulunya selau dok hulur duit raya tu pon takkan lepaskan peluang utk  untuk tembak kita dengan cerita2 lama bila jumpa kan…hehehe….

            Tapi secara ringkasnya, sebagaimana hati rasa seronok mengenangkan kisah2 beraya kat kampung dr kecik sampai la umo 17 tahun tu…. mcm tu jugak la rasa betapa berbeza dan meriahkan beraya dekat negara org dr umo 18 sampai la 23…[uih, bnyk sungguh nombor tu... dah 23 :D ni nak kutip duit raya pon takleh dah kan... ishhk2 sedih btul! ] kalau nak ckp pasal keteringinan nak beraya di pagi hari, memohon maaf drpd mak ayah sambil cium tangan dorang tu, hati sentiasa menunggu2 saat abes blaja kat sini…sebak jugak tak dapat mintak maaf depan2 kan… asyik ckp kat tepon je… tak feel…

            Tp bila difikir2kan balik, apabila sampai je waktunya dapat cium tangan mak ayah di pagi raya tahun dpn, itu bererti, takkan ada lagi suasana riuh-rendah bersiap2 di pagi raya untuk ke embassy bersama kawan2… akan hilanglah kemeriahan di malam raya selepas saje bertakbir… memula tu sayu2 dan menangis2 poyo sket….tapi lepas tu masing2 berhuha-huha tak tentu pasal[especially budak2 laki la kan… tak bleh lupa la kenangan2 nyanyi lagu raya sesama, buat sambutan raya ramai2, masak rending, buat satey, ageh2kan tugas utk masak2 menu raya lepas tu makan ramai2…. Aaaaa saat2 ni pasti kan terus segar dalam ingatan!] dan kekepohan selepas takbir mencari2 tudung untuk dipadankan dgn baju raya pada keesokan harinya juga takkan lagi dirasai… apatah lagi kemeriahan mengimarahkan RAMADHAN di setiap malam…dengan tadarus dan terawih bersama2…. sememangnya inilah yg bakal dikenang dan dirindukan…

            sedar tak sedar… tahun ni tahun terakhir akan merasai semua ni…cepatnya masa berlalu…. ermmm sememangnya penantian selama 6 tahun utk beraya dgn keluarga akan berakhir tahun depan… tapi… saya akan kehilangan suasana beraya bersama kengkawan yg mengong lagi best kat sini pulak [especially kawan2 batch 70 saya yg sangat2 la best! Mmg tak tau dah nak gambarkan indahnya ukhwah kami….dan macam keluarga dah… kadang2 tu ada la jugak bertekak berselisih pendapat, tapi kalau semangat bacth dibangkitkan je… kami semua takkan berganjan dan terus berdiri sebaris! Cayalah 70!]….

            haiii… ni la dia manusia kan…. sentiasa membanding bezakan 2 perkara, kita nampak apa pro dan kontra utk setiap keadaan… dan sbg manusia biasa sememangnya kita nak mn yg baik je la kan…. tp hakikatnya… kita hanya akan dapat satu je… mustahil utk dpt kedua2nya sekali… sbb tu la sebaik2nya kita menggunakan peluang yg ada dan enjoy je masa yg kita tgh lalui skarang ni… mmg la bila berada di satu keadaan, kita kan rindukan keadaan lain…tapi kalau asyik nakkan benda yang kita sendiri dah tau kita takkan dapat, kita takkan mampu nak nikmati hidup kita sebaiknya…. Dan igtlah satu perkara…. sbb akan wujud satu hari, kita pasti merindui satu sesuatu yg kita pernah rasa ‘tak suka’ sebelumnya… jadi sebelum menyesal tak sudah nnti… enjoy je masa dan ketika yg ada… ;)

 

            huhu punya la kononnya tanak merepek pepanjang kan…. ni dah berapa perenggan dah ni…haii kalau yasmin tu yasmin la jugak… apa2 pon selamat menyambut AIDILFLTRI kepada semua…. mintak ampun dan maaf utk segala keterlanjuran… sememangnya saya tau saya ni banyak sangat n selalu buat salah… senadainya saya ada berhutang dgn anda… silalah maklumkan…. akan saya perjelaskannya sedaya mungkin… andai ada salah dan dosa yg tak terampun, khabar2kan lah pada saya moga saya punya kesempatan utk memperbetulkan, memperbaiki dan menebus dosa2 saya… semoga berbahagia bersama keluarga tercinta… pada yg beraya di petantauan mcm saya kat sini… nasihat saya, jgn sedih2 eh… konflik jiwa manusia ni mmg biasa… kita selalu nak apa yg kita takde…. dan sebenarnya rugi sangat2 kalau kita tak      berjaya membuatkan diri menyukai, dan menghargai masa2 yg kita lalui… kalau org kata raya kat memana pon sama je… mereka itu silap sebenarnya…. sbb sememangnya tak sama… takkan sama dan tak pernah sama….dan disbbkan suasana yg tak sama tu la, kita kena hargainya apa yg kita ada kan… tak smua org ada peluang nak raikan AIDILFITRI ni jauh kat tempat org… so raikan je sebaik mungkin… hargai masa yg ada supaya nnti takkan timbul kekesalan dalam diri…

sekian…wassalam…

*kenapa saya tak pernah berjaya nak merepek sesikit je eh??? Mmg kuat membebel btul! Miyan…..

 

 

21
Sep

Besarnya nilai kehormatan seorang mukmin…

             Di saat mencari2 bahan bacaan yg best utk memberi sedikit juadah rohani kepada jiwa, saya tersinggah di satu blog yg tak pernah2 saya masuk sebelum ni… dan postnya sangat menarik, tentang perkara yg jarang kita [atau mungkin sebenarnya hanya saya] ambil kesah dan titik beratkan…. jadi saya pon ambil keputusan copy n paste apa yg ada dan perbaiki sket struktur ayatnya [sbb asalnya dalam bahasa indonesia...]. mudah2an kita sama2 mendapat kebaikan dan pengajaran drpdnya…

:::: Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya, Janganlah kalian menghebah kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, nescaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).” (HR. Ahmad 4/420, 421,424 dan Abu Dawud no. 4880. Kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud: “Hasan shahih.”) 

 

               Hadith daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya (di hari penghisaban nanti) Allah mendekatkan seorang mukmin, lalu Allah meletakkan tabir dan menutupi si mukmin (sehingga penghisabannya tersembunyi dari orang-orang yang hadir di mahsyar). Allah berfirman: ‘Apakah engkau mengetahui dosa ini yang pernah kau lakukan? Apakah engkau tahu dosa itu yang dulunya di dunia engkau kerjakan?’ Si mukmin menjawab: ‘Iya, hamba tahu wahai Rabbku (itu adalah dosa-dosa yang pernah hamba lakukan).’ Hingga ketika si mukmin ini telah mengakui dosa-dosanya dan ia memandang dirinya akan binasa karena dosa-dosa tersebut, Allah memberi kabar gembira padanya: ‘Ketika di dunia Aku menutupi dosa-dosamu ini, dan pada hari ini Aku ampuni dosa-dosamu itu.’ Lalu diberikanlah padanya catatan kebaikan-kebaikannya…” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadith di atas tergambar pada kita betapa besarnya kehormatan seorang muslim. Sampaikan ketika suatu hari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma memandang ke Ka’bah, ia berkata:

أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمَ مَا حُرْمَةً عِنْدَ اللهِ مِنْكِ

“Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya di sisi Allah darimu.” 
               Kerana itu saudara-saudariku, tutuplah cela yang ada pada dirimu dengan menutup cela yang ada pada saudara2mu yang memang perlu untuk ditutup.  Dengan  menutup cela saudaramu, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menutup celamu di dunia dan kelak di akhirat. Siapa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala tutup celanya di dunianya, di hari akhir nanti Allah Subhanahu wa Ta’ala pun akan menutup celanya sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْقِيَامَةِ لاَ يَسْتُرُ اللهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلاَّ سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ

“Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya.” (HR. Muslim no. 6537)

nota kaki : manusia yg lemah seperti kita sering tidak menjaga segala isi yang keluar dr lidah… terkadang dan mungkin juga telah menjadi kebiasaan kita berkata2 tanpa banyak fikir, maka ada banyak perkara yg disampaikan dalam sedar atau tidak… dalam gurauan atau usikan semata, ia mungkin sebenarnya membawa ke arah membuka aib seseorang… apabila berfikir panjang tentang perkara ini, saya mula merenung diri semula…. Ya ALLAH mungkinkah akan KAU pelihara aibku kini, nanti dan selamanya? lantas hati saya menjawab… DUHAI YASMIN, BELAJARLAH UNTUK MEMELIHARA AIB ORG2 DISEKELILINGMU….MAKA ALLAH AKAN MEMELIHARA AIBMU….

 

19
Sep

perginya cinta MEMBAWA CINTA…

 “Sudah menjadi biasa hidup ku sepi, sejak kehilangan dan semenjak itu tertutup hati ku. Usah kau bertandang bertanyakan tentang siapa dihati ku menjadi penghibur kala ku sendiri. Pernahkah terfikir oleh mu, yang aku terdampar harapan terbakar. Dari pengalaman pahit itu ku cuba bangkit bentuk hidup baru dan aku mengenali rindu dan sepi hanyalah punca kecurangan memaksa hati ku terus bersendiri. Yang aku fikirkan perjalanan ini, menyerah cintaku, menyerah diriku, pada YANG MAHA SATU…..”

 

             Di atas ni adalah tagline blog seseorang yg saya terbaca tadi… melalui tagline ni je kita dah boleh tau keadaan si pemilik blog ni camne kan… seorang yg pernah parah dalam mengharungi detik2 kehilangan cinta…. Saya cuba selami perasaannya…. mungkin tika itu hatinya pedih, sakit dan keperitannya tak tertanggung…. dan dia juga pastinya menderita akibat insan yg benar2 dicintainya berlalu pergi tanpa sebarang kata….ermm itu sekadar bayangan saya semata… yang merasa hanyalah dia….

            Tapi bukan itu yg menarik perhatian saya sebenarnya… kisah2 cinta yg hanya sampai di tgh jln ni dah selalu saya dengar…. Bila kecundang, sememangnya takde sape pon yg dapat nak rawat melainkan tuan punya badan… kalau terus melayan perasaan, maka luka itu akan terus menghantui mereka… ada juga yg sanggup mengejar cinta yg pergi, kerana terlalu sayangkan hubungan yg telah dibina, juga kerana terlalu ingin memenuhi janji sehidup semati…juga mungkin kerana tidak mmpu memadamkan kenangan manis tika bersama… atau mungkin juga kerana hatinya terlalu teringin utk disayangi lagi… hatinya terlalu sunyi dan sepi tanpa kasih yg terisi…

            Dan masih ingin dikatakan disini… itu juga bukanlah apa yg menarik perhatian saya…. Ringkasnya, nak cakap lebih2 pon saya sendiri tak tau apa2… kerana persoalan cinta adam dan hawa  ni, masih kabur dalam kamus hidup saya… apa yg saya tau, bila bercinta mereka kata “kami bahagia”… bila bercinta, segalanya tentang pasangan masing2 adalah indah belaka…segala apa tentang pasangan mereka adalah baik belaka… dan apa pula akan berlaku sebaliknya? Bila ada sengketa… katakan la “bergigit lidah” sehari dua… bermasam-muka tak semena-mena… maka bermulalah satu episod dimana akan hilang segala manisnya… time ni ssh pulak nak dengar yang baik2… kata benci pon mulalah menerpa… yang indah menjadi punah… yang mana asalnya madu tiba2 dah jadi hempedu….

            Namun itu juga bukanlah sesuatu yg menggamit saya untuk menulis pada hari ini… apa yg menarik hati saya adalah bait2 terakhir tagline di atas…. “YANG AKU FIKIRKAN PERJALANAN INI,MENYERAH CINTAKU, MENYERAH DIRIKU, PADA YANG MAHA SATU”… Saya kagum melihat bagaimana kisah cinta manusia yg menemui jalan buntu akhirnya menjadi laluan bagi mereka untuk mencari CINTA ILAHI….

            Ini bukan pertama kali saya jumpa kerana ada juga yg mengalaminya adalah insan-insan terdekat saya sendiri…. Peritnya mungkin ssh nak digambarkan, tak terluah dengan kata2… tetapi hikmahnya tak siapa tahu kan? Banyak di antara sahabat-sahabat saya itu sendiri, menjelaskan betapa hati terasa tenang dalam perjalanan mencari cinta sejati… Sebaik-baik tindakan, pabila hati merasa tertindih, jgn dicari laluan lain, cuba buka sedikit pandangan… bukannya apa…pabila hati mulai merana, jiwa kosong tanpa cahaya… ditakuti dan dikhuatiri. Kita mudah terhasut dgn mainan hati… bila hati mula bermain2, ruang utk syaitan menghasut lagi la terbuka luas kan…uishh tak boleh dibiarkan… mmg genting lagi bahaya!!!

            Hilangnya cinta itu memberi tanda, ALLAH mengirimkan ujian kepada mereka2 yg dipilihNya… Maka bernasib baiklah bagi mereka yg menemui jalan yg tepat… mencari ALLAH sebagai satu pilihan dan langkah bijak untuk merawat hati yg dilukai… maka bukankah itu hikmah terbesar? hikmah yg tak semua org mampu miliki…. 

             Saya pernah mendengar seorang sahabat yg melalui semua ni…. katanya betapa selama ini cintanya pada manusia membutakan hatinya pada jalan agama… tetapi sebaik sahaja dia menemui CINTA ILAHI…. Akhirnya kini dia miliki cinta manusia yg lebih indah dr cinta yg pernah punah sebelumnya… jadi beruntunglah bagi mereka…. Yang kecundang, lalu beroleh kekuatan hasil drpd mencari kasihNya…. Kerana pabila kita miliki secebis kasih Ilahi, dan seandainya yg kita harapkan hanyalah keredhaanNya, kemudian kita berserah pada apa yg terbaik dalam jagaan urusanNYA, lalu yakin dengan segala ketetapaNya, maka dengan kasih sayang dan cinta ALLAH itu, insyaALLAH DIA akan gantikan apa yg lebih baik dan secocok dengan kita….

            Maka tidakkah terlintas di benak kita; kadang2 hilangnya cinta manusia itu membuka ruang kepada kita mencari cinta YANG MAHA ESA? Tidak pernahkah juga terfikir bahawa apabila kita mula merasai “nikmat jatuh cinta” dengan Yang Maha Mencipta, maka DIA akan habuankan kita sebuah cinta yg lebih suci dan murni? ermmm mungkin juga agak mudah bg saya utk berkata2… kerana saya sekadar menulis hanya drpd pemerhatian yang lemah…

            Oh ye…tetiba teringat kata2 seorang kawan yg dah berkali2 kecundang tp Alhamdulillah skarang ni dah pun bertunang… katanya “frust banyak kali ni kan min, boleh bg banyak pengajaran… kita kecundang dengan org2 yg salah…dengan org2 yg bukan milik kita, supaya satu hari nanti bila dah jumpa dgn org yg tepat, kita akan yakin itulah orgnya…itulah jodoh kita….dan kita akan lebih menghargainya….” Ermm itu kata org la kan… komen saya? Huhuhu no komen untuk itu….kerana bagi diri ini… tak ingin sekali melalui kekecundangan yg berkali2… ckplah sekadar ALLAH temukan sekali dengan org yg telah ditetapkan utk saya nnti…. Selagi yg dijumpai bukan milik saya, dan saya juga bukan untuknya… maka tutupkanlah pintu hati ini… itu kalau saya la kan… anda pula bagaimana? Masing2 ada pandangan sendiri… maka tepuklah dada, tanyalah diri…..

            Apa yg baik drpd karutan2 saya ni sama2lah kita kongsi dan selami…mn2 yg takleh pakai tu, abaikan je… harapnya takde juga yg berkecil hati sbb ini sekadar pandangan peribadi…. Sekian wassalam…

                    

 

 

 

 

13
Sep

Sejenak bersama Joungmin…

Joungmin: Hi yasmin, maaf   saya lambat…

Yasmin     : oh, takpe… saya pon baru je tunggu kat sini…

Joungmin: Saya rasa tenang tengok kamu…

Yasmin     : erkk…??? [siap buat muka pelik lg]

Joungmin: [sambil duduk dekat kerusi bertentangan dgn saya] ISLAM sangat menghotmati dan memuliakan wanita kan?

Yasmin     : [dgn rasa yg agak terkejut…] Ya, ISLAM sangat2 MEMULIAKAN WANITA… mcm mn kamu tau?

Joungmin: Saya ada baca sebuah buku tentang taraf wanita di dalam ISLAM. Saya pinjam buku tu dari library Hanyang.

Yasmin     :ooo, selalu ke baca buku tentang ISLAM?

Joungmin: Saya ada pinjam 2 buah buku dr library… dan ada juga saya baca artikel2 dr internet…saya sangat kagum bagaimana ISLAM membela wanita dan taraf wanita sangat tinggi… bila saya lihat kamu dengan hijab kamu ni, saya rasa agama kamu benar2 melindungi kamu… saya ada adik perempuan dan saya rasa hanya ISLAM yang mmpu melindungi adik saya…

Yasmin    : terus terang ini pertama kali saya dgr org luar especially org Korea yang memandang ISLAM itu dr persepsi yang INDAH…

Joungmin: maaf, mesti kamu menghadapi suasana yg kurang menyenangkan…sebenarnya kebanyakan drpd org Korea tidak beragama…. Dan apa yg kami dengar dr luar kebanyakannya adalah negative tentang ISLAM… saya rasa kita tidak boleh menilai sesetgh golongan yg beragama ISLAM sebagai wakil kepada agama itu sendiri… sbb apa yg saya dapati, ajaran ISLAM itu sangat sempurna, mengutamakan kesepakatan, kerjasama, kasih-sayang dan setiap apa yg dianjurkan dalam ISLAM itu ada sbb yang begitu logik…

Yasmin   : [hampir2 ternganga…seb baik cepat sedar…kalau tak lalat dah masuk mulut dah :D] kamu bercakap mcm kamu dah banyak tau tentang ISLAM….

Joungmin: saya suka membaca… dan terlalu banyak tentang ISLAM yang menarik hati saya… Saya beragama Kristian… kalau ikutkan kepada minat beragama, saya rasa mcm nak convert to ISLAM, sbb agama yg saya ada skarang ni pun saya anuti sekadanr mengikut parents saya…

Yasmin     : jadi sbb tu ke kamu nak tau banyak lagi tentang ISLAM?

Joungmin: sebab tu juga saya suka mencari tentang ISLAM, semakin saya mencari, semakin saya rasa terlalu tertarik ke arahnya… tapi…

Yasmin     : [erkk ada tapi2?] tapi? Tapi apa?

Joungmin: sejak kecil saya dah biasa makan daging b*** dan arak…ISLAM melarang keras arak dan b***…dan 2 perkara ni membuatkan saya teragak2… kalau takde larangan utk b*** dan arak, mesti saya dah masuk ISLAM…

hihi saya hanya tergelak kecil…. Dah terbiasa mendengar kawan2 korea lain kata betapa hidup ni sangat2 tak bererti tanpa arak dan daging khinzir itu… 2 benda ni dah mcm ubdaya org korea…dorang takkan dapat hidup tanpa 2 perkara ni… even saya sendiri pernah mendengar pengakuan wanita ISLAM korea yg menganut ISLAM lebih drpd 7 tahun… katanya sungguhpon imannya semakin kuat, ada ketikanya dia akan curi2 makan di belakang suaminya…  jadi tak pelik la saya bila mendengar pengakuan Joungmin ni ;)

Yasmin  : hihi takpe Joungmin, ISLAM tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menganuti agamanya…andai kamu minat tentang ISLAM, belajar la sikit2 tentangnya… kalau kamu tanak convert pon, apa sahaja yang baik dr ISLAM,dan apa sahaja cara hidup ISLAM yang kamu rasakan bagus,  kamu ambil dan cuba praktikkan… kenali ISLAM melalui org2 ISLAM yang benar2 memegang ajaran ISLAM… saya yakin kamu akan rasa sangat selesa nanti ;)

Joungmin: itula… sbb itu juga saya rasa teringin sangat nak berkawan dengan kamu… kamu mmg tak kesah ke saya nak interview ni?

Yasmin     : oh takpe… kamu nak tanya pasal RAMADHAN kan? Apa yg kamu nk tau?

Joungmin: ermm setau saya waktu berpuasa de sebelum terbit matahari sampai terbenamnya mentari…. Dan sebelum memulakan puasa, kamu akan ber”sahur” kan? Dan bila dan tamat waktu berpuasa kamu panggil waktu makan tu sebagai “iftar” kan?

Yasmin     : a..ah tepat sekali…waaa sampaikan tentang “sahur” dan “iftar” pun kamu tau?

Joungmin: saya ada baca satu artikel tentang RAMADHAN… Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalender ISLAM…maknanya kamu perlu berpuasa selama sebulan… mmg kamu tak kesah ke? Mampu nak tahan? Skarang ni dah la panas…kalau sekadar tak makan, saya rasa tak jadi masalah, tapi kamu tak boleh minum selama lebih kurang 14 jam…. Mmg takpe ke?

Yasmin   : hihihi saya dah biasa…kebanyakan org ISLAM merasakan berpuasa itu bukan satu beban… kami dilatih sejak kecil… masa kecil2 dulu, mak saya suruh saya mulakan puasa separuh hari dulu, bila dah terbiasa baru puasa penuh…. Skarang ni umur pond ah 23 tahun…memang tak jadi masalah bg saya…

Joungmin: saya rasa kalau kamu di Negara kamu, di tempat semua org berpuasa mungkin takpe… tapi sekarang ni, org2 korea tak puasa, jadi apa yg kamu rasa bila tengok mereka makan?

Yasmin    : kalau saya masih belasan tahun, mungkin saya akan rasa mcm nak makan jugak… tapi skarnag ni dah besar, lagipun kami tak pernah rasa berpuasa itu sebagai bebanan, sebaliknya sebagai satu latihan dan ujian… tujuan berpuasa ni pun sebenarnya untuk mengajar dan mendidik umat ISLAM merasai erti susah dan penderitaan org2 yang serba kekurangan… kita mungkin akan rasa simpati dgn nasib2 org2 yang tak mampu nak isi perut mereka dengan secebis roti sekalipun, tetapi kita akan lebih merasa bersyukur dan sentiasa rasa ingin membantu org2 yg ssh seandainya kita sendiri mengalaminya… jadi puasa ni sebenanrya memberi satu ruang kepada org2 ISLAM utk menghargai apa yg kami ada dan berkongsi apa yg termampu dengan org2 yg susah….

Joungmin: oo sbb tu la di awal syawal, umat islam yang mampu disuruh membayar zakat fitrah kan? Zakat ini akan diagihkan kepada org2 yang tak berkemampuan…

Yasmin     : laaa kamu tau rupanya? Abes tu kenapa tanya? Saje nak test saya eh?

Joungmin: hehehe takde la… saya nakkan kepastikan je :D soalan seterusnya… mengapa Ramadhan dikatakan “Bulan berpesta”…saya tak fahamla… boleh terangkan…

Yasmin     : ooo… “berpesta” kat situ bukan mcm pesta biasa…  kamu tau tak, dalam bukan Ramadhan ni, kami digalakkan utk buat perkara2 baik, banyakkah sembahyang, banyakkan membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya…

Joungmin: aa saya tau… tapi kenapa pada bulan Ramadhan je perlu buat? Bulan2 lain macamn?

Yasmin   : hihi bulan2 lain pon kena buat, tapi pada bulan Ramadhan, kami akan buat dengan lebih banyak sbb akan dapat pahala berganda2… katakan kalau bulan2 biasa kamu akan dapat 10 pahala untuk satu sembahyang… kalau di bulan Ramadhan, kamu akan dapat 700…

Joungmin: waaaa banyaknya!!!

Yasmin    : sbb tu Ramadhan dikatakan “bulan berpesta”… berpesta untuk memperbanyakkan ibadah… sebenarnya Ramadhan juga adalah peluang yg tuhan[ALLAh] berikan untuk umat ISLAM melatih diri dan mendidik jiwa supaya lebih menjadi hamba yg baik kepadaNya…  dengan harapan selepas Ramadhan, kami boleh menyediakan masa yang lebih banyak dari masa sebelum2nya utk beribadah dan membuat kebaikan…

Joungmin: Oooo…begitu rupanya… menarik… pendekatan yg sangat baik…

[saya Cuma senyum je…]

Joungmin: bagaimana dengan life sebagai student kat Hanyang ni sepanjang Ramadhan? Boleh bgtau apa yg kamu buat  sepanjang hari?

dgn ringkasnya saya terangkan apa yg biasanya student kat sini buat dr wantu sahur, kemudian persediaan berbuka, berbuka, tarawikh dan sebagainya…

Joungmin: ooo… terima kasih yasmin… banyak lagi yg saya nak tanya, tapi skarang dah pukul 5, kamu mesti nak blk dan prepare untuk iftar kan?

Yasmin     : a..ah baru sedar dah pkl 5 :D

Joungmin: boleh say tanya pendapat kamu…dalam islam, wanita perlu memakai hijab dan berpakaian longgar kan? Saya pernah tgk satu dokumentari… wanita2 di Dubai mengenakan jubah longgar gelap apabila keluar ttp di sealik jubah tu mereka pakai baju yg berwarna-warni… apa komen kamu?

Yasmin    : ermm kamu nak saya komen dr segi penggunaan warna dalam berpakaian dr segi ISLAM ke? Sebenarnya setahu saya, tak salah memakai pakaian berwarna asalkan t terlalu terang sehingga boleh mengalih perhatian org… warna2 lembut sangat sesuai sebenarnya dengan imej wanita islam… jadi tak salah kalau nak pakai warna-warni… kalau tentang menutup perhiasan dan pakaian2 cantik ketika keluar tu satu perkara yg baik… wanita itu sendiri ‘cantik’ dan sebenarnya adalah secantik2 perhiasan bg ISLAM… kecantikan wanita tu sendiri boleh memakan diri kalau ditonjol2kan jd ada baiknya jika ditutupi dan dipamerkan ketika perlu sahaja… kalau berada di dalam rumah, tak salah utk berhias2… malah kalau niat utk suami, dapat ganjaran pahala lagi… ;)

Joungmin: ooo begitu rupanya… bagaimana pula dgn wanita yg berhijab tetapi pakai ketat2?

erk… saya agak terkesima dgn soalan ni… tak sangka langsung Joungmin nak tanya…saya perlu berhati2 menjawab soklan ni, takut nnti disalah tafsir

Yasmin      : Kamu beragama Kristian kan… setiap ahad kena ke church kan?

Joungmin: a..ah betul…

Yasmin: tapi tak semua pon org kristian akan ke church pada hari ahad kan? [dia menggangguk dan tersenyum…] jd sama la juga dengan org2 ISLAM… garis panduan telah ditetapkan… tapi masih ada yg tidak mematuhi nya….samada mereka tidak tahu, atau ada juga yg masih belum bersedia sepenuhnya…. ada juga yg dalam proses belajar…seperti mana org2 bukan ISLAM merasakan menutup aurat itu “beban”, ada juga org ISLAM sendiri berfikiran serupa… jadi mereka2 ini memerlukan masa dan didikan lagi… ada diantara mereka nak mulakan dengan berhijab dulu… jadi mereka pakai la hijab dulu…. Mungkin bila dah serasi dengan hijab, mereka akan mula mengenakan pakaian2 yg longgar. Dan kemudiannya makin melabuhkan tudung… banyak proses pembelajaran dalam ISLAM… tak smua org sama… ada yang kuat imannya akan cepat berubah… bertuntung juga bg yg didik awal oleh ibu-bapa… ada juga yang masih tercari2… yang penting ialah ILMU AGAMA itu sendiri… kalau dh tau, mereka akan patuhinya…. Dan agak sedih juga kalau ada yg berpakaian hanya kerana fesyen…. Segalanya bergantung pada individu masing2…

Joungmin: oo, begitu rupanya…  terima kasih Yasmin… banyak lagi yang saya nak tanya… boleh bg saya id msn kamu? Nanti boleh kita berbincang secara online pula…

          Disebabkan saya dah lama tak guna msn messenger, saya pon ckp la dah tak aktif, saya lagi selesa guna yahoo messenger… tapi Joungmin pulak yg takde id ym, last2 skali saya bg dia id skype saya….

          Sebenarnya Joungmin ni kawan kelas saya… dia budak chemical engineering… 1st time jumpa dia last week masa masuk kelas debate…. After kelas dia terus tanya nama n perkenalkan diri… lepas sembang2 sket, dia terus mintak izin utk diinterview tentang Ramadhan… dia nak buat artikel pasal Ramadhan utk majalah Hanyang…. Jadi saya pon setuju je …. Kat atas ni la antara dialog kami pada Khamis lepas, 11 September 2008… sangat2 seronok berborak dengan Joungmin sbb dia banyak tau tentang ISLAM…  dia ada minat yg mendalam tentang ISLAM, tapi sayang, ada sedikit kekangan…budaya dan kebiasaan membuatkan dia terpaksa berfikir panjang… semoga dia diberi taufiq dan hidayah drpdNya…. Ya ALLAH, kurniakanlah dia hidayah dan taufiqMu…

08
Sep

Menangislah…

assalamualaikum…

          Hari ni hati rasa gelisah sangat2, a..ah sungguh2 resah… terasa mcm nak mengangis!!! Patutkah??? Tertanya2 pulak pada diri sendiri, kenapa eh ada rasa ni??? Kenapa tiba2 jadi camni??? Di bulan2 Ramadhan ni tak patut jadi camni… puas ditanya pada diri, tapi jawapannya masih tak diketemui…

         Sedih sebenarnya… sbb persoalan tak berjawapan… ujian apa sebenarnya ni? Haiii situasi camni la yg plg tak digemari…. Lately selalu jadi camni, dah beberapa kali jadi jiwa tak tenteram sampai tak boleh tidur… ermm 4 hari lepas, yg paling kronik! Dah la malam sebelum tu tidur tak sampai 4jam, ingatkan dapat tidur awal malam tu,ye la…berniat jugak nak ganti tidur kan… tapi tetiba datang “angin kus-kus” yg membuatkan mata takleh lena… sepanjang malam tak tidur, dah la esoknya tu kelas pukul 10 pagi… YA ALLAH knp jadi camni? Atlast dapat la jugak tidur sekitar pkl 6 lebih… ermm ok la tu, walaupun tak sampai 3jam… daripada tak tidur langsung kan…

          Menangis??? Ye mmg nak menangis… dah menangis!!! dan tengah menangis jugak sebenarnya…. Mak pernah pesan… kalau kita rasa nak nangis, jgn ditahan2….menangislah… kerana menangis itu senjata wanita… senjata yg tak dimiliki lelaki… dan tangisan itu juga adalah kekuatan wanita…. Pernah terbaca satu buku ni yang bertajuk “kuasa air mata wanita”… tak igt la sape penulis dia…. Tapi buku tu sangat2 bagus! Penulis buku tu kata, di kelopak mata wanita itu ada satu cecair yg sebenarnya adalah kekuatannya… ALLAH kurniakan air mata pada wanita utk dia lepaskan sengsara di jiwa… a..ah inilah anugerah yg ALLAh kurniakan khas untuk wanita…

          wanita yang mudah menangis bukanlah seorang yg lemah sebenarnya… air mata tu lambang kekentalannya…. Menangis juga boleh berikan kita kepuasan… kepuasan yg sebenar2nya… bila kita menangis, kita akan buang segala rasa yg tak best bersama dgn lelehan air mata tu… dan sebaik2 tangisan adalah tangisan di atas sejadah… tangisan selepas melihat semula dosa2 kita dan bertaubat kepadaNYA…

          Kepada semua yang mengenali…ampun diminta dari hujung rambut ke hujung kaki… saya seorang yg kurang serba-serbi… tindak-tanduk yang tak dikawal rapi…dan mungkin juga sering menyakiti tanpa saya sendiri sedari…. Mintak maaf banyak2…kalau ada apa2 perilaku yg tak berkenan di hati, silalah ckp secara jujurnya sbb saya manusia biasa yg tak nampak salah sendiri….jadi silalah tunjuki… saya juga bukanlah jenis yg tak boleh dibawa berbincang… org yg masih belajar mcm saya ni mmg perlu ditunjuk ajar…. Jadi seandainya anda rasa saya ini agak “kurang ajarannya”, maka silalah tegur….dan kalau rasa saya ini “kurang ajar” orangnya… maka bantulah saya untuk menjadi org yang lebih terpelihara tata susilanya…to cik ya, mekasih la atas tunjuk ajar hang pasal camna nak jadi org yg bertenang… hihihi suka2…cara hang cerita tu dah bleh buat aku gelak sampai hilang segala serabut2 kat otak ni…mekasih la bebanyak….

p/s: bila rasa nak menangis, menangis je… andaikata air mata tanak kluar, sila la potong bawang banyak2 sampai air mata tu meleleh sendiri :p

06
Sep

Memaksimakan Pahala Ramadhan…

Tadi ada seorang sahabat bagi msg kat ym…
agak panjang isinya…tapi bila dibaca dan ditelitikan… banyak manfaatnya…terima kasih banyak2 kerana sudi memperingatkan diri ini…
marilah sama2 kita kongsi semoga mendapat manfaat bersama…

 

        

           Bagi memastikan kesahihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

” Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur” (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya” ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang”: Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka” ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya’la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏صلى الله عليه وسلم ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏حسا ‏حسوات ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air” ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

” Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah”

Ertinya : “Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah ” Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk

orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun” ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga ” (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : “Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya” ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

wassalam…

 

04
Sep

sem terakhir insyaALLAH…

1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429…

Hari pertama untuk seluruh umat Islam menyambut kedatangan ramadhan, dan pada hari yg sama, sem baru di Hanyang bermula… Alhamdulillah sem ni berjaya dibuka dengan hati yg tenang & bahagia… puas jugak la cuti kali ni ;)…oh ye, selain drpd tu, pada 5 tahun yg lepas, pd tarikh ni la KP2003; batch 70 mula menjejakkan kaki kat Incheon Airport…ermm 1st time saya naik kapal terbang time tu…seb baik la blaja sini, dapat la jugak rasa naik belon…hihihi… bila dikenang2kan balik mmg takkan lekang la senyuman dan gelak tawa…suka2 la jugak kan, tp camne pon ada juga beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dan diutamakan skarang ni… semoga thesis dan final year project nnti lepas… amiiin….

                Sedar tak sedar hari ni dah hari khamis… cepat kan masa berjalan… utk minggu first ni rasa sangat selesa dgn kesemua kelas yg dh deregister…Alhamdulillah….cuma esok nak kena cari lagi satu kelas, harap2 dapat la kelas yg ok dan saya akan terus BERSEMANGAT WAJA!!! uwaaaa bila sebut BERSEMANGAT WAJA ni tetiba teringat pulak kat kak Fatma si tudung periuk tu… aritu sempat jugak chat ngan dia walaupun si pengantin baru tu tgh sibuk2 baru pindah rumah… kalau dulu2 masa dia masih lagi amik master kat sini, dia la yg selalu membakar semangat adik dia yg sorang nih! Kak… mmg la kak, min ni cepat patah smangat sket, seb baik la min ni agak cool sket huhuhu… kalau tak lagi la parah :p tapi tak pe kak… ilmu yg akak bg dulu dah cukup dah nak buat min BERSEMANGAT WAJA!!! Huhuhu phaiting min! last sem dah ni….YA ALLAH, Kau permudahkanlah segalanya buatku dan rakan2 ku….akak doakan min jgk tau ;)

                Bila terlintas je kat kepala pasal dah nak grad ni, mcm2 rasa yg datang…seronok tu mmg la kan, tapi sedih pon ada…lepas ni dah tak bleh nak sentiasa dgn kengkawan dah… 5 tahun bersama, bukan satu tempoh yg singkat…kami kat sini smuanya dah serasi…perangai mmg lain2 tapi masing2 boleh memahami dan terima kengkawan seadanya…sekali tgk pon dah bleh baca mood kawan2 camne… dah masak dah dengan perangai sorang2…. Ermm mesti saat2 ngan huha-huha tu la yg akan terus lekat kat otak ni…

Batch_70

                Hepi 5th anniversary batch 70!!! All da best smua… semoga ALLAH sentiasa merahmati perjalanan kita smua… biarpon lepas ni dah berlainan arah, ukhwah yg dah terikat ni jgn sekali2 kita leraikan ;)….

"Friends are needed both for joy and for sorrow"

Nak tido dulu…. Slamat bersahur smua…