Archive for August, 2008

31
Aug

Dia Hadir Lagi…

Month_of_blessing_2 

          Ramadhan bukan sekadar satu kesempatan yang ALLAH kurniakan untuk kita berlapar-lapar di siang hari, berletih-letihan tanpa makan dan minum, dan juga bermalas-malasan atas alasan “saya berpuasa” lantas tidak bertenaga…. Selama 11 bulan perut kita diisi pelbagai mcm, dan kini, bila Ramadhan menjelang, perut sebenarnya diberi satu peluang untuk berehat… Jauh dari itu, Ramadhan hakikatnya adalah masa untuk kita menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan. Ramadhan perlu dipergunakan untuk memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa. Dan itulah fungsi Ramadhan; ia hadir untuk kita mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, dan cintakan-Nya.

          Sepatutnya kita menghidupkan jiwa dengan rasa kasih sayang dan simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa. Ramadhan juga adalah masa untuk kita menebalkan rasa berdosa, memuhasabah diri dengan dosa-dosa lepas kemudian menginsafinya lalu menaruh rasa takut di dalam hati untuk terlibat lagi dengan dosa. Hakikatnya Ramadhan sebenarnya tempoh istimewa untuk melatih diri dan mendidik jiwa… dengan ganjaran yg berlipat ganda, ALLAH memberikan kita satu peluang untuk terus menambah pahala di samping memberi cahaya kepada jiwa yg selama ini gelap-gelita…

          Kedatangan Ramadhan adalah bertujuan menghidupkan hati yang mati sebelumnya. Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati mmpu kita pertahankan untuk 11 bulan berikutnya…dan kemudian pabila Ramadhan menjengah lagi pada tahun berikutnya, kita mampu untuk menghidupkan semula hati yang mulai mati… lalu kita atur semual strategi untuk mempertahankannya semula untuk tahun yang berikutnya… Itulah cara terindah ALLAH ciptakan untuk manusia2 hina seperti kita yang seringkali lalai dan leka… Bagi orang yang bertaqwa, jiwanya pasti hidup setiap masa, kerana cinta dijiwanya tak pernah pudar, dan kehambaannya tak pernah berbelah bagi… jadi ringkasnya; buat kita hamba hina ini, jika hadirnya Ramadhan masih tidak mampu mendidik jiwa, maka dimanakah hendak kita letakkan diri di sisi Ilahi?

          Bertemunya kita dengan Ramadhan untuk tahun ini, bererti ALLAH telah memilih kita untuk termasuk di dalam golongan orang-orang yang bakal mengambil manfaat daripanya… Kita diberi satu kesempatan…Maka sia-sialah bagi mereka yang mengabaikan peluang keemasan ini… InsyaALLAH marilah kita bersama-sama berbuat baik dan berusaha mendidik hati dan melakukan yang terbaik… Moga-moga kita dikurniakan Rahmat, keampunan dan ketenangan jiwa…

          Mudah-mudahan Ramadhan kita pada kali ini lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan sebelumnya… hati terasa tenang dibulan mulia ini… alangkah indahnya pabila kita melihat setiap bulan2 yang ada itu sebenarnya seperti Ramadhan… dgn erti kata lain, ibadah diperbanyakkan bukan sekadar dalam bulan Ramadhan, tapi juga di bulan-bulan lainnya…marilah sama2 kita mendidik jiwa kita ;)

Selamat mengimarahkan Ramadhan…

19
Aug

Cintaku sekelumit cuma…

Photo: crdt to syifa’ penawar Cry_2

   

    Merenung jauh ke dalam hati…

    Kosong, gelap tanpa sinar…

    Kurayapi setiap ruangnya…

    Kusam,kelam tanpa gemerlap…

    Gersang dalam ketandusan…

    Duhai hati;

    Cinta padaNYA, di manakah?

    Dimana rasa kehambaan ku kau tempatkan?

    Puas aku susuri…

    Puas kumencari…

    Puas kumeneliti…

    Dan akhirnya kutemui…

    Di satu sudut yang agak terpencil…

    Kulihat sekelumit di situ…

    Ya, hanya sekelumit rupanya…

    Lalu ruang selebihnya apakah isinya?

    Dengan sekelumit CINTA itu,

    Ku sembahkan diriku padaNya…

    Dengan sekelumit rasa itu,

    Kuletakkan diriku sebagai hamba Ilahi…

    Sedangkan nikmatNya;

    Setiap saat kukecapi…

    Setiap detik kutagihi…

    Duhai diri;

    Teganya dikau!!!

    SOMBONG, dan BONGKAK!!!

    Kau angkuh dalam meniti hari…

    Pabila senang CINTA padaNYA mulai pudar…

    APA??? CINTA SEKELUMIT itu pudar?

    Lantas bersisakah ia?

    Sememangnya aku…

    Tak pernah setia…

    Bila bahagia, aku hanyut…

    Bila sempurna, aku leka…

    Bila selesa, aku alpa…

    Namun;

    Bila gelisah kucari DIA…

    Bila buntu kubutuh petunjukNya…

    Bila tertekan kuharapkan kasihNya…

    Dan DIA;

    Tak pernah seketikapun mengabaikan aku…

    Sungguhpun aku hamba hina,

    Kasihnya sentiasa ada..

    Biarpun cintaku padaNya sekelumit Cuma,

    Nikmatnya tak terhitung minda…

    Ya tuhan…

    Berikan aku satu kesempatan…

    Memperbaiki diri membersih hati…

    Tak terungkap rasa syukurku,

    Menerima panduanMu…

    Biar sukar utk kuredah,

    Namun ini jalan-jalan yang Kau tunjuki…

    Laluan yang Kau ciptakan khas buatku…

    Agar aku mampu menambah lagi,

    Cinta sekelumitku

    Menjadi cinta seagung kasihMu…

03
Aug

Happy bday mak…

Epi_bday_mami_1 

3 Ogos…Hepi bday mak ^^ untuk mak, mami dan ibu tercinta…selamat hari lahir yg ke 45…waaa mak mmg muda lagi rupanya…

Mak… tiada kata lain yg dapat diberi, Melainkan kata cinta yang sering kali akak lafazkan… Tapi itu semua belum ckp utk membalas segala jasa dan pengorbanan mak pada akak, adik2 dan ayah…

Syukur kupanjatkan padaMU ya tuhan, mengurniakan aku seorang wanita yg ckp istimewa…seorang wanita yg terlalu luhur, tabah dalam menghadapi segalanya, dan dia juga sentiasa tersenyum walau hatinya penuh dgn derita, penuh dengan ujian… terlalu suci dan murni hatinya sehinggakan namanya tidak pernah luput sedikitpun dari ingatan anak2 dan suaminya…dan dialah ibuku…SALAMIAH MHD YUNUS…

Tepat pukul 12.01 a.m waktu Malaysia tadi, ada satu panggilan “jahat” datang ke rumah bernombor 1E di Kg Leban Chondong…seorang ayah yg tengah tidur, bangun dgn tangkasnya sebaik sahaja mendengar deringan telefon yg berdering tak henti2 itu, lalu menjawab panggilan itu dengan suara yg serak2 seksi… ingatkan panggilan kecemasan apa tadi, rupa2nya “anak sulung mengongnya” yg telefon… hai tgh2 malam buta ni jugak la dia nak buat perangai!

Atas permintaan anak sulungnya yg agak “gila” itu, maka dia menggagahkan juga dirinya utk mengejutkan isterinya yg sedang nyenyak dibuai mimpi :p … setelah membuka mukadimah perbualan sambil tergelak2 jahat kerana berjaya mengganggu ibunya tidur… si anak yg nakal inipun memanggil rakan2nya maria, nad dan aya utk menyanyikan lagu b’day….

Epi b’day 2 u… Epi b’day 2 u… Epi b’day “mak min”… Epi b’day 2 u…

Hihihi, sori mak, kacau mak memalam buta… last year ada satu lagu khas utk mak, tapi tahun ni takde… sori sangat2 mak, tak sempat nak reka hehehe…. Walaupun agak “kemamaian” smalam, tapi mak layan jugak akak ;) Mak…esok akak nak gi yoheng…doakan akak ^^

JOM PUSING-PUSING KOREA ;)

South_korea            Ermm… sebut pasal yoheng, perjalanan di tangguhkan ke hari isnin atas sbb2 nak memeriahkan lagi aktiviti menjelajah [poyonye la istilah] disebabkan ada beberapa org kawan yg nak join penjelajahan ke Selatan, maka akhirnya kami bertiga bersetuju utk meng”adjust” masa dgn bertolak lambat sket, jadi dapatla kami smua jumpa kat 보송[Posong] nanti… yeah moga kita tekemu di posong nnti okeh?

Esok pagi2 lagi kami akan bergerak ke Gambyong, naik bas utk terus ke Sokcho…dan itulah destinasi pertama kami… Destinasi kedua 삼척[Samcheok],  (3) 환선굴[Hwanseongul Cave], (4) 충주[Chingju], (5) 순천[Suncheon], (6) 보성[Posong], (7) 진도[Jindo], (8) 목포[Mokpo] dan akhir skali yg ke-9 제주도[Jeju Island]…

Errmm masa akan banyak dihabiskan di Sokcho sbb area2 Sorak san tu sangat2 la best! Yes, masa utk mendaki! Tak sabar plak nak tawan Gunung Sorak tu :p …dan mungkin juga akan lama dekat 충주 sbb kat sini ada Chungju Lake, ladang epal, ladang peach…waaaa best2! Dah lama teringin nak pergi ladang buah ;)

Dan semestinya kami akan menghabiskkan sekurang2nya 4 hari ni Jeju Island… apa yg bakal terjadi nanti sape pon tak tau kan…tu smua kat tangan DIA, mudah2an segalanya selamat dan berjalan lancar… semoga keindahan alam yg bakal disaksikan nanti dapat meningkatkan lagi keimanan diri ini kepadaNya yg Maha Mencipta…. Alhamdulillah dah siap packing, dan malam ni aya buat kek coklat…dan kaya dah pon disiapkan sebagai bekal sarapan pagi sepanjang perjalanan…huhuhu sesungguhnya saya rasa sangat seronok dan bahagia…wassalam