Archive for July, 2008

29
Jul

Perjalanan istimewa Israk Mikraj…

Jalan_menuju_allah_1

Israk Mikraj penuh pengajaran buat wanita…

          

          27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj iaitu perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh. Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi- nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agarKami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra’, ayat 1)

          Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudratdan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

          Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia. Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: â€oeDan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. "Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).

          Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun. Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

          Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan "ALLAH", dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam. Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.

          Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang. Pada waktu giliran bayinyahendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahaiibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

          Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati. Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

          Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuanyang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

          Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

          Itulah diantara "filem masa depan" yg telah ditonton oleh Rasulullah saw. Baginda telah menyaksikan pelbagai jenis "kehidupan" ummatnya kesan daripada tingkah dan cara hidup yg dipilih. Seandainya memilih menjaga iman, maka jadilah kita seperti Mashitah, seandainya memilih mengabaikan perkara2 yang mungkin kita sering fikirkan "remeh” itu, maka sia2lah hidup kita nanti… Banyak lagi pengajaran2 yang boleh diambil daripada kisah perjalanan Rasulullah ni…. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih detail, tau mengingatkan kembali diri masing2 tentang kisah pengembaraan penuh mukjizat ini, bolehlah ke link ini. Bagi diri hina ini, semoga pengajaran2 daripada pengamatan Rasulullah di dalam pengembaraan baginda terhadap "wanita" terus menjadi pedoman dan pengingat… wanita itu mudah sekali utk ke syurga, namun mudah juga untuk ke neraka…dan senantiasa perlu diingat, penghuni neraka itu majoritinya adalah wanita… marilah kita wahai wanita, sentiasa berusaha memperbaiki diri agar tidak tergolong dalam golongan wanita2 yang rugi…wassalam.

28
Jul

Senandung Al-Fatihah

Alfatihah
Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Album : Nur Irsyad
Munsyid : Nur Irsyad

         

           Nasyid ni sangat2 saya suka dengar… macam yg ramai dah sedia maklum, bila tgk lirik ni pon kita tau kan lagu ini sebenarnya terjemahan surah Al Fatihah. Lagunya ditulis oleh seorang penggubah lagu terkenal di Indonesia bernama Ibu Fatah.

        Al-fatihah; surah pertama dalam al-quran, wajib dibaca dalam solat kita seharian… dan kebanyakan daripada kita pon akan baca lagi surah ni selepas solat diikuti dgn ayat kursi kan? ringkasnya Al-Fatihah adalah surah yg penting bagi kita umat ISLAM, jadi seelok2nya kita fahami maksudnya…sekurang2nya ia membantu kita utk khusyuk dalam solat, tak gitu? selain daripada tau maksud al-fatihah, ustazah saya dulu sering menyarankan agar kita tau maksud bacaan2 dalam solat, kerana dengan mengetahui maksud setiap bacaan2 solat tu, kita akan lebih tertumpu pada apa yg kita lafazkan…

          Membaca bacaan solat tanpa mengetahui maksudnya sama la seperti kita tgk movie bahasa asing tanpa subtitle kan? camne nak feel kalau tak faham…btul tak? jd memahami itu adalah kunci kepada penghayatan ;) begitu jugalah dgn solat kita… kalau kita nak hayati dan khusyuk dalam solat, kena la faham dulu apa yg kita baca… tp…mencari kekhusyukan itu juga bukan mudah…selagi telinga masih mendengar bunyi asing ketika solat…selagi hati masih mendetikkan perkara2 yg ingin kita lakukan selepas solat…selagi waktu menyembah ILAHI dirasakan begitu lambat berlalu…selagi hati tak pernah rasa tertunggu2 mengadap ILAHI…maka selagi itulah erti khusyuk dalam solat tak kita miliki…

sekian…

dari insan yg masih belum merasakan wujudnya CINTA TULUS pada MAHA PENCIPTA di hatinya…ya ALLAH, kurniakan aku rasa itu…bantulah aku dalam mencari CINTAMU…wassalam…

26
Jul

ABEEK; paksaan bererti satu pembaziran…

Assalamualaikum…

Baru-baru ini Board of Engineering Malaysia telah memutuskan bhw pelajar-pelajar tajaan JPA di Korea perlu mengikuti program ABEEK (Accreditation Board for Engineering Education of Korea) sebagai salah satu syarat untuk mereka menamatkan pengajian di universiti-universiti di Korea… Sebagai pelajar tahun akhir ijazah kejuruteraan tajaan JPA di Korea, saya sendiri mulai merasa mual apabila isu ABEEK dibangkit2kan lagi dan “kebangkitan”nya seringkali tiada kata putus yang jelas untuk pelajar2 di sini…

Sebenarnya ABEEK adalah satu organisasi bukan kerajaan yang telahpun menggariskan satu ketetapan buat engineering program di universiti-universiti di Korea dgn tujuan melahirkan engineer2 berkualiti ataupun profesional engineer [kalau kat msia yg ada IR tu la kan...] yang lahir dari universiti2 di Korea. Kebiasaannya bagi pelajar-pelajar Korea yang berhajat besar untuk bekerja dgn syarikat-syarikat besar Korea seperti  SAMSUNG dan LG, mereka perlu memastikan mereka adalah antara pelajar yang mengikuti program ABEEK. Pendek kata, kalau tak ikut program ABEEK, awal2 lagi mereka akan “ditendang” oleh syarikat-syarikat besar ini.

Dahulunya; iaitu sejak tahun 1999, program ABEEK adalah optional…bukan semua department engineering di universiti-universiti Korea melaksanakan program ini…tetapi sejak tahun 2002, program ini diserap secara perlahan2 dgn harapan pada tahun 2008/2009 kesemua program engineering bagi universiti2 di Korea mengikuti program ini. Atas dasar tersebut, mulai tahun 2006 isu ABEEK telah menjadi buah mulut terhangat bg kami pelajar2 Msia di sini….

          Seingat saya, isu ABEEK mula menghantui pelajar2 MALAYSIA di korea ketika saya masih di peringkat diploma di DYTC[Dongyang Technical College], kira2 2 tahun yg lepas… pada awalnya kegusaran dan ketakutan kami tentang isu ABEEK ni tidaklah sehebat mana, kerana ianya masih lagi optional. Ambil ABEEK atau tidak, tidak menjadi apa2 masalah, bezanya, ABEEK lebih susah kerana terlalu banyak subjek2 major perlu diambil untuk memenuhinya dan kalau tak ambil ABEEK, jalan yg kami perlu lalui lebih mudah. So kalau tanak kerja dengan syarikat2 yang memandang ABEEK, maka mengabaikan ABEEK adalah satu pilihan yg "bijak". Malah pada ketika itu “tiada paksaan” untuk mengambil ABEEK. Jadi kesemua senior2 saya yg terdahulu, mmg tak ambil ABEEK.

           Saya dan rakan2 batch 70 yang lain, pd mulanya takde la risau sangat, tp kami mula diingatkan tentang ABEEK ni semula sebaik sahaja kami grad diploma dan nak sambung degree kat U… Kata senior2; “time korang lepas ni akan jadi lg susah especially kalau masuk Hanyang sbb Hanyang start nak wajibkan ABEEK”. Time tu, risau dan sangat2 risau! Takut tak payah la cakap kan…tapi disebabkan hati dah kuat nak masuk Hanyang, saya ngan kengkawan yg lain redah kan jugak… bila dah di briefing, kami dapati mulai tahun 2007[tahun kemasukan batch saya ke prog degree], ada bezanya antara pelajar2 yg ikuti prog ABEEK atau tidak… kalau amik ABEEK akan dpt 1st class degree tp kalau tak ambil ABEEK bererti dapat general degree sahaja…

           Masih segar kat ingatan ni bagaimana budak2 Mechanical batch saya di Hanyang University di-interview secara berpasangan semasa awal2 masuk tahun 3 last year…kesemua kami bersepakat utk berusaha merayu agar jumlah crdt hour kami yg ditransferkan dr DYTC ke Hanyang dinaikkan dan beberapa subjek penting semasa di DYTC diterima agar kami dapat mengikuti program ABEEK ini… bersungguh2 kesemuanya…namun malangnya kami diberitahu, badan ABEEK sendiri tidak mengiktiraf kolej kami dahulu[DYTC] sebagai institusi yang layak melaksanakan program ABEEK… jadi tak banyak subjek kami yg boleh ditransfer… pada ketika itu kami ada 2 pilihan… menyambung degree selama 2 tahun tanpa ABEEK[tetapi masih perlu memenuhi beberapa syarat ketetapan university utk menamatkan degree, kami diberikan garis panduan yg agak berbeza dan lebih “berat” dari senior2 terdahulu], ataupun tetap dengan kemahuan kami utk mengikuti ABEEK, tetapi perlu extend sekurang2nya 3 semester(satu tahun setengah)…. Disebabkan factor masa dan juga “pembaziran duit rakyat” yg difikirkan, maka kami smua pon jadi putus harapan dan patah semangat… lalu meneruskan perjuangan tanpa ABEEK… bukan tanak menyahut cabaran “susah” sbb dr awal lagi kami dah sehati sejiwa memilih utk mengambil jalan “susah”…tetapi memandangkan tempoh extend setahun stgh itu terlalu panjang, ramai antara kami mula berfikir “lebih baik gunakan masa dan duit kerajaan tu utk sambung master”….

         Selepas kes tu, beberapa usaha dilaksanakan untuk merayu pihak universiti juga meminta agar JPA mengiktiraf kami, tetapi kesemuanya senyap kembali beberapa bulan kemudian…apabila ditanya; jawapan yang kami terima hanyalah "masih dalam perbincangan". Walau bagaimana pon, ada jugak rakan2 batch di universiti lain(Inha University) yang masih nak mencuba untuk ambil ABEEK… Dan daripada pengamatan kami yg dah jadi senior2 sekarang ni, kalau ada yang nak amik ABEEK tu, amik la dari 1st year…dengan erti kata lain, jangan masuk DYTC…jgn amik diploma dulu, sebaliknya terus masuk 1st year universiti… jadi proses utk amik ABEEK akan jadi lebih mudah, tak payah risau pasal transfer crdt… dan boleh atur hidup untuk susun jalan2 "ABEEK" ni dari 1st year…jimat masa jugak..dan yg paling penting, kepala pon tak payah nak dipening2kan banyak2 kali.

          Bagi junior2 tahun 3 di U skarang, kemasukan awal mereka ke Uni disambut dengan berita yang “agak gembira”… syarat transfer crdt makin mudah… makin longgar, jadi senang la jugak utk ambil ABEEK, tak perlu sampai extend, tp kena la bertungkus-lumus dgn mengambil bnyk subjek2 major untuk setiap sem… dan isu ni jadi antara “isu bahagia untuk 3 bulan lepas” sbb beza untuk mereka habiskan subjek2 wajib antara "ABEEK" dan "BUKAN ABEEK" pon tak banyak sangat… dan yang pasti, ia masih optional…pada yg berminat, boleh register amik ABEEK, dan bg yg rasa tak mmpu, tak perlu ambil…

          Namun panas mmg tak sampai ke petang, belum sempat tengahari, hujan dah turun… sebaik sahaja Board of Engineering Malaysia memutuskan bhw pelajar-pelajar tajaan JPA di Korea perlu mengikuti program ABEEK, JPA terus menyatakan kesanggupannya menanggung perbelanjaan extend pengajian pelajar2 Korea [bermula dari tahun 3 university dan kebawah] selama “SATU SETENGAH TAHUN” dan secara peribadinya, saya merasakan kajian perlu dijalankan semula… tidak salah untuk melahirkan “bakal graduan engineering 1st class” ,  mengikut program2 yg telah ditetapkan oleh ABEEK, tetapi jgn disalah gunakan sampai “menekan” kami pelajar2 di sini…

          Sebagai kakak kepada adik2 jr saya…saya sentiasa mendengar rintihan mereka..dan setiap kali apabila saya cuba meletakkan diri saya ditempat mereka[termasuk juga beberapa org rakan batch saya yg masih di tahun 3], membuatkan air mata saya mula bergenang…“membayangkan itu sudah ckp menyeksakan”.. . apatah lagi menghadapinya…

            Bukankah kesanggupan itu sebenarnya satu pembaziran? Saya rasa ada baiknya tanggungan selama 3 semester yang menghampiri kos RM150 000 utk setiap pelajar itu digunakan utk kami sambung master, tak kesahla takde ABEEK pon, tapi sekurang2nya at last ada master kan? Dan seandainya kami diberikan peluang utk mengambil master di MALAYSIA, wang sejumlah RM150 000 tu dah boleh taja sekurang2nya 5 orang pelajar untuk habiskan master dalam masa sethn stgh hingga 2 tahun kan? Jadi saya rasa agak kurang bijak” tindakan “memaksa” pelajar2 dibawah saya untuk mula mengambil ABEEK. Hingga ke hari ini, ABEEK masih lagi satu prog optional bagi student2 korea sendiri, jd kenapa ye nak diwajibkan pada student2 Msia? Kawan-kawan korea saya sendiri ramai yang tak sanggup untuk mengambil ABEEK sbb ianya bukan mudah, dan ramai juga di antara mereka memilih untuk menyambung master drpd mengikuti prog ABEEK…

         Sebaiknya prog pengajian kami di sini dikaji semula…seandainya Board of Engineering Malaysia benar2 mengharapkan ABEEK, maka wajibkanlah kepada pelajar2 jr yang masih di peringkat bahasa… kemudian silalah hapuskan prog diploma di DYTC…. Cara ini mungkin “menyakitkan” adik2 jr baru, tetapi sekurang2nya masa mereka tidak terbazir… kerana apabila kami perlu extend selama setahun stgh di peringkat degree, itu bererti tempoh pengajian diploma adalah sia2 dan tak memberi apa2 erti…dah kalau camtu, baik la takyah amik diploma kan? Terus masuk U dr 1st year….then amik la ABEEK dr tahun pertama tu…jimat masa, jimat duit dan dapat la ABEEK tu jugak… dan untuk student2 tahun 3 ni, saya rasa better diberi “pilihan” dan bukan “paksaan”…bg yang nak amik ABEEK dengan kesanggupan sendiri…dipersilakan… tapi bagi yang taknak tu, ada eloknya diberiakn sedikit kelonggaran kepada mereka…

         Tak semua pon pelajar2 engineering ni nak jadi engineer, ada ramai je yang nak jadi lecturer nanti, sbb tu berhajat besar nak sambung master dank e peringkat seterusnya..dan ada juga yang dah merasakan nak beralih arah ke bidang lain sbb engineering ni tak sesuai dgn jiwa, atau mungkin nak berjinak2 dgn bisnes… jadi sebelum meletakkan apa2 keputusan kepada kami[walaupun kami ni hanyalah anak tajaan], fikirkanlah sedikit tentang pelaburan yang membazirkan tu…

          Pembebelan yang agak panjang kali ni… Bukannya apa… saya cuma rasa sedih mengenangkan nasib jr2 saya…. Maaf atas segala kata2 yang terlajak, ini sekadar pandangan saya je… terasa ingin bersuara tapi tak tau mn tempat yang sesuai…akhirnya blog ni la yg jadi mangsa, tempat mendengar luahan rasa dan ketidak puasan hati ini :p

Sekian wassalam

24
Jul

Berkongsi Hobi…

Assalamualaikum wbt…

"The world is three days: As for yesterday, it has vanished, along with all that was in it. As tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work in it!"-Hassan al-Basri

quote ni dipastekan mengenangkan diri ini selalu tak menggunakan masa dengan baik, bila masanya belum sampai, kepala selalu je terfikir2, mulut jugak tak berenti2 melafazkan "aa lepas ni aku nak buat ni, kalau ada masa nak buat itu…" …tapi bila masanya tiba, tak buat pon…pastu tertanya2 blk kat diri sendiri "nak buat apa eh?" ntah pape la kamu ni yasmin!!!

          Hari ni just nak ceritakan pasal hobi membuat gelang ^^ hobi ni bermula sejak bulan Mac lepas, untuk start hobi ni, sebanyak lebih daripada 200k won telah dihabiskan…kira2 RM800… ermm agak melampau jugak la melaburkan duit sebanyak tu utk seorang chobo yg tak tau pape langsung pasal beaded jewellery ni kan…tp disebabkan mmg dah lama menyimpan hasrat utk buat n blaja smua ni, diredahkan jugak…lgpon kalau beli yg ready made sangat2 la mahal…bila buat sendiri lg puas hati n dpt menyeronokkan diri sendiri sebenarnya hihihi…

          Dengan beberapa maklumat yg diperolehi drpd "kak long", kaki pon dilangkahkan ke Dongdaemun…cari punya cari, sangat2 la teruja bila sampai kat tempat jual batu2 kristal, swarovski, cubic dan mcm2 lagi jenis yang lain…mula2 singgah kat kedai2 yg banyak2 kt situ tgk design2 gelang yang ajumma2 tu buat [mmg minat gelang je, yg lelain tu tak berapa suka nak blaja buat]…cantik dan mmg mahal! untuk satu gelang, kalau beli yg ready made, paling murah 20k won, kira2 RM70…tp tu kira murah lagi la kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia…

           Sebenarnya takde la minat sangat pon untuk pakai gelang2 ni…tp ntah kenapa minat nak buat dan nak belajar…langkah pertama yg diambil, survey2 harga batu2 tu, lepas tu last skali tersinggah kat satu kedai, tuan kedai ni baik je…layan dgn sangat2 baik… kebaikannya akhirnya "dipergunakan" oleh org yg tak tau pape ni… selepas ditanya "nak beli apa?", diri ini terus tersenyum dan membalas "saya berminat nk belajar buat gelang, tp tak tau apa2…boleh bgtau apa yang saya perlu utk mulakan minat baru saya ni?" hehehe time ni mmg tersengih mcm kerang busuk je la kan…

          Dan dengan baik hatinya, tuan kedai ni[lelaki sebenarnya] ajarkan satu persatu….tools nya sangat la banyak tp time tu sekadar yg basic je sy beli…kalau nak tau antara barang2 yg diperlukan utk buat gelang/rantai/cincin/jam sendiri ni kan…. sila rujuk link ni

          So sekarang ni dengan tak semena2 nya saya nak tunjukkan antara gelang2 yang dah dihasilkan…memula skali nak tunjukkan gelang2 yang dah dibuat utk insan2 terdekat…smua rumet2 terchinta dan jugak aya [jr yg sangatla rapat ngan diriku ini] ermm tp ada satu jam dan jugak gelang yg saya plg suka tak dpt nak tunjuk sbb dah kasi kat kak tifa n kak yana, tak sempat nak tangkap gambar dulu…seronok sangat2 sbb dorang suka ;) pakai leklok la ye ^^

Gelang_utk_kengkawan

Gelang1_2inilah dia antara gelang2 lain yang dah dibuat, takde la secantik mana pon, tp ok la untuk suka2 kan?

Gelang2_1

yang ada kat sini, saya plg suka yang warna putih+ruby tu…

Gelang3 ermm smuanya gelang dan ada satu loket+rantai… macam kalung la kononnya… yg ada kat sini, adalah koleksi peribadi… bila nk pakai? erkk ntah la … saje buat, tp tak pk lg nak pakai bila :p

         

      

         

         

         

          Bila ada idea, mmg seronok sangat nak buat… tp pernah je berada dalam keadaan nak buat sangat2, tp takde idea… time tu, berjam2 la jugak dok main pusing2 n ikat2 batu, tp last2 satu hasil pon takde…benda2 camni sebenarnya kena ikut mood jugak[mungkin bg saya je kot...sbb saya ni kalau takde mood mmg ssh sket nk buat pape :p] … nasib baik la skarang ni ada satu lagi kesukaan baru, buat patchwork, jadi bila bosan buat gelang, pergi la menjahit2 pulak ;)

          ermm skang ni nak tunjukkan pulak antara koleksi2 buku yang saya ada…selain drpd ilmu yg diperolehi dr tokei kedai tu, saya banyak jugak belajar dr internet dan juga beberapa buah buku….

Tuan_guru_1

"inilah dia tuan guru yg setia melayan kerenahku… beaded jewelry tulisan Wendy Remmers tu hadiah drpd RATNA masa 23rd bday…tengs ratna…"

         

         

         

         

         

         

         

          Buku2 yang dijual  kat sini  boleh tahan jugak mahalnya especially yg dalam english…untuk 100pgs, paling murah pon $28, lebih kurang 26k won  (RM80++)…  dan  yg  kurang  bestnya, banyak gambar je kan…dan kebanyakan drpd buku2 tu pon, 40 page pertama akan terangkan tntg tools2 yg dah banyak saya tau… tp kalau buku2 dalam korean best sket… tebal2,  murah dan banyak tunjuk cara2  nak  buat ;)  so  kalau  ada  kat  kedai buku,  mmg  boleh  bersila berjam2 la untuk membelek satu persatu…  3 hari lepas dah beli satu buku baru dengan 225 pgs dan ada lebih drpd 120 design gelang, brooch, loket, cincin dan anting2 jugak…sangat2 suka buku ni dan yg plg best harganya hanyalah 9.8k won bersamaan lebih kurang RM33…murah kan? insyaALLAH  bila2 kalau ada masa nak pergi tambah koleksi lagi… ^^

Tools_1 antara alatan2 kerja keras yg disayangi ^^

         Inilah dia perkongsian utk kali ini…kadang2 bila difikirkan semula, saya pon pelik kenapa saya minat dgn smua ni….walhal saya bukanlah jenis yg suka pakai pon…barang kemas mmg tak pernah la lekat kat badan dr kecik lagi…kalau pakai gelang pon, saya suka yg simple, gelang2 silver yg seurat tu je saya biasa pakai [tu pon bila terasa ada kedegikkan utk pakai la kan...] tp ntah kenapa, suka sangat buat dan sangat2 seronok bila hasilnya "cantik" di mata saya :d dan plg best kalau org2 yg terima gelang2 dr saya senyum mcm mickey mouse pastu selalu pakai…sangat2 rasa dihargai dan seronok ;)

          Kepada sesapa yg terbaca karutan saya kat sini n rasa mcm nak cuba atau pon nak share minat, sila la msg [tu pon kalau ada la kan...]…kalau anda ada sebarang ilmu utk dikongsi bersama amatla dialu2kan…dan kalau anda rasa nak cuba n tanya apa2…sila la msg, setakat apa yg saya tau, bleh je kita share sesama kan ^^ saya ada beberapa website yg saya suka masuk..sila la jenguk kalau ada kerajinan…

beaded jewellery1

beading with eden

handmade beaded

project

sekian terima kasih :p wassalam…

24
Jul

Cuti bermula…TAHNIAH utk yg bakal membina MAHLIGAI ;)

Assalamualaikum wbt…

          Summer break dah bermula sejak 6 hari yg lepas [utk diri sendiri la kan...] ada je kawan2 lain yg dah start cuti sejak 2 minggu atau sebulan yg lepas sbbnya kengkawan tu tak amik summer class ataupun amik sunject yg hakjomnya 2 sahaja, maka mereka2 itu cuti lebih awal, dan ada juga sesetengahnya tu dah ada kat Msia Bumi Bertuah dah pon skarang ni…wuu jeles2…

         Untuk yang ada kat Msia tu, selamat menikmati buah2an tempatan, skarang ni musim buah kan…makan durian tu berpada2 sikit, jgn banyak2 nanti panas badan boleh sampai demam jadinya…bagi yg beryoheng ke luar seoul, semoga selamat perjalanan korang semua, especially umi,iylia ngan syaz…jgn lupa ole2 dr india eh hihihi… ohye, kepada kengkawan yg tgh buat intern skarang ni, tahniah sbb berjaya…semoga dpt blaja bnayak benda drpd intern tu… bukan senang pon kan nak dpt peluang2 tu ;) dan utk diri ini ngee ngee…selamat pusing2 korea la ye…semoga segala perancangan menjadi nyata, dan semoga segalanya dipermudahkan olehNya…ya ALLAH lindungilah kami sentiasa, mudah2an takde benda tak elok yg berlaku…amiiiinn…

         Apa nak buat cuti ni ye? hehehe ada la beberapa plan yg tak sabar2 nak dilaksanakan tak lama lagi…memula sekali nak yoheng pusing2 korea [cam poyo je, padahal dah 5 tahun kat korea ni, tp tak pernah nak jenjalan betul2...haiii teruk btul kan...] lepas yoheng2 pusing korea nnti  tak sabar pulak nak tunggu ketibaan kak za pd 25 ogos ni…dalam perancangan akan ke Busan dgn kak za nnti… so utk yoheng2 korea nnti takkan termasuk Busan… ;) apa2 pon sori la sbb tak dpt nak tunaikan janji pada sebaik2 sahabat…tak dpt nak bawak dia gi jenjalan ke apa sbb time dia kat seoul nnti, diri ini mungkin akan berada kat jeju… sori sangat2….

          Kakjeti_kawen

          ermm OGOS dah hampir tiba…bleh dikatakan bulan perkahwinan kot, sbb ramai kawan2 yg nak kawen ogos ni, senior2 pon ada, n ada jugak yg dah kawen awal july, tahniah utk kak jeti ku sayang…utk abg ustaz jugak, abg sideq pada 16 ogos ni, abg bakti juga…utk kawan2 kat mesir yg kenal time BTN kat intec dulu; syazwan juga asma’, untuk faeeqah, dan juga kadir, tahniah, terima kasih atas undangan tp mintak maaf sangat2 tak dapat nak hadirkan diri…tp doa sentiasa mengiringi…semoga mahligai yg dibina ni sentiasa dirahmati dan diberkati…selamat menempuhi alam rumah tangga ^^

          Buat masa terdekat ni, sangat2 la tersuka mengisi masa dgn budak kecik yg bernama aya… ada2 je keja ngan dia…ermm ohye, rasa mcm nak share sumthing tentang hobi membuat gelang dan juga patchwork…ermm tp nanti2 la, dah tangkap2 gambar baru best cite2 kan? bleh tgk hasilnya skali…ermm k nak masak mee hailam sat, budak aya ni dah bising2 nak makan….manja tak bertempat btul budak kecik nih~! nnti kita sambung eh…tata titi tutu…wassalam wbt

Mee_1

inilah dia hasil mee yg diminta oleh aya tadi ^^