Kata orang proses pembelajaran itu tidak tertakluk di dalam kelas semata-mata, yup, andai ini satu penyataan maka aku menyokongnya 100%. Teori, dan praktikal adalah 2 proses pembelajaran yg berbeza tp kita akan lebih mudah untuk faham dan menilai sesuatu dgn lebih jelas kalau kita sendiri yang mengalami atau melalui sesuatu perkata itu, maka proses pembelajaran itu akan jadi lebih menarik, bukan sekadar dgr lecture kat klas yang kengkadang tu boleh buat kita mengantuk, menguap2 dan kengkadang tu sampai membawa minda kita terbang jauh ntah ke mn kan?
Sesetengah orang lebih suka “belajar” dari pengalaman sendiri, kerana apa yang kita lalui sememangnya mampu mematangkan diri, dan menjadikan kita org yg lebih “kuat”. Sesi pembelarajan tentang hidup adalah satu sesi yg paling sukar kerana laluan hidup penuh dengan onak dan duri,tak penah ada teori, tak pernah ada formula,tak pernah ada solution yang tepat, tak pernah ada hukum2 itu dan ini dan semestinya walaupun kengkadang tu situasinya sama, tetapi kalau dihadapi oleh org yg berbeza dgn perwatakan dan pembawaan yg berbeza, maka hasilnya tetap akan berbeza bukan?
Sbb itu jugak kengkadang bila diminta pandangan, tak suka memberi pandangan sendiri semata2[melainkan benda yg ditanya tu mmg tentang diriku sendiri], sebolehnya nak tau kondisi kawan kita atau pihak lain tu camne,so kita boleh memahami dan menghalusi perasaan dan keadaan dia pada satu ketika tu, then baru boleh bg solution [erkk...bukan solution, tp idea/opinion lebih tepat]. Dan yg pasti solution ni akan ada pelbagai cara yg tak perlukan apa2 formula, yg perlu hanyalah keyakinan dan keberanian untuk mencuba dan mengambil langkah selanjutnya….dan apabila kita tekad utk mengambil langkah penyelesaian dalam menghadapi hidup, maka perlulah kita setkan skali dalam kepala kita bahawasanya, langkah ini akan menentukan hala tuju, dan segala yg kita harapkan, segala yang kita rancang, dan segala yg kita angankan blum tentu bisa jadi kenyataan kerana Dia lebih Maha mengetahui apa yang terbaik utk kita… sebagai hambaNya, jalanilah hidup ini mengikut cara dan keinginan sendiri, tp kena sentiasa pastikan kita tak terssar dari jalan yg betul. So apa2 pon, back to the basic, dan apa yg basic tu dah tentulah pegangan agama…
Ermm mcm yang dah dikatakan tadi, kalau nak ckp tentang hidup, ada yg suka belajar dr pengalaman sendiri, sbb jatuh bangunnya kita, hanya kita yg akan faham, tak smua orang boleh menyelami apa yang orang lain rs. Kadang2 bila kita dengar tntg kisah seseorang, kita akan kata “laaa benda kecik camtu pon tak leh handle?”….mungkin ianya kecik bg kita, tp tdk bg si empunya diri. Bukan kita yang rasa, so kita tak tau sebenarnya…dan ada jugak sesetgh org tu ditimpa dgn bermacam2 dugaan, tp yang ada pada wajahnya hanya ketengan, senyuman, malah mampu pula nak sediakan diri sebagai tunjang utk org lain….maka golongan mcm ni kita nak masukkan dalam golongan mana pulak ye? Dan terfikir tak kita time ni, “boleh ke aku hadapi apa yg dihadapinya?”. Persoalannya; mengapa ada org mampu nak hadapi benda sukar dgn senang, dan ada pula orang yang menghadapi sesuatu dengan terlalu sukar pada hakikatnya perkara itu sememangnya terlalu senang? Sbbnya tak lain dan tak bukan, PENGALAMAN.Pengalamanlah yang membezakan pembawaan kita dalam menghadapi sesuatu….
Tak banyak lagi pengalaman hidup yang aku miliki. Umur 23 tahun sememangnya tak mampu membawa diri ini melihat dunia seluas2 mungkin dalam pelbagai persepsi, maka selalunya sangat2 suka mengambil kesempatan utk belajar dr pengalaman orang lain, walaupun tak bisa merasai, tapi kita perlu belajar untuk cuba meletakkan diri kita ditempat orang itu, maka kita akan dapat sesuatu! yeap, sebelum ni ada la jugak buat tp takla dipraktikkan secara serius, Cuma bila rasa perlu je buat camtu, kalau tak sekadar menjadi telinga yang baik utk mendengar, tetapi selepas dimotivasikan oleh seorang sahabat yg senang utk digelarkannya sebagai “sebaik-baik sahabat”, sememangnya diri ini menyedari betapa dengan meletakkan diri kita pada tempat org lain mampu membuatkan kita memperolehi “pengalaman baru” dengan cara kita tersendiri…..kalau anda tak percaya, cubalah untuk mengambil sedikit drpd masa kita sehari2, untuk “menjadi orang lain” dalam versi kita sendiri….kita bukan sekadar akan dapat rasa apa yg orang lain rasa, kita jugak akan lebih mampu utk memahami mereka, n dalam masa yang sama, kita jugak sebenarnya boleh mempersiapkan diri kalau perkara tu berlaku pada kita jugak, kerana kita dah pernah “lalui”nya secara berimaginasi kan? Dah pernah cuba dan mmg rasa terkesan dalam hidup…
Bercakap soal “sebaik-baik sahabat”, terima kasih kerana berkongsi banyak perkara dan pengalaman, walaupun tak mengenalinya secara dkt, tp perkongsian perjalanan hidupnya dah ckp mampu utk membuatkan Yasmin Mat Nazri sedar bahawasanya GAGAL bukan bererti KALAH, dan KEJAYAAN belum tentu petanda kita adalah PEMENANG….org yang asalnya sentiasa berjaya syabas diucapkan kepada anda, pastinya anda tak pernah rasa apa erti “jatuh” kan? Berdoalah agar anda takkan “jatuh” kerana andai itu yang terjadi, tak mustahil tongkat hidupmu menjadi rapuh serapuh2nya, kemudian patah hingga tak mampu menampung diri, lalu rebah ke bumi….tetapi bagi yg pernah gagal, kemudian mampu untuk bangkit sedikit demi sedikit dari kisah lalu, maka andalah PEMENANG SEJATI….kerana bangkit dari jatuh, bukanlah suatu yang mudah….
Setiap manusia lahir kedunia ni dgn satu semangat juang yang tinggi!ye betul!!! tak tipu…. semangat juang yang tinggi ni dah kita miliki sejak kita bayi lagi….lihatlah anak2 kecil yang bertatih….asalnya kakinya lemah, tak mampu utk berdiri tegak, tp dikuatkan juga kerana dia juga punya satu rasa untuk berjalan, lalu berlari2 seperti orang2 lain….maka dikuatkan semangatnya, dipasakkan juga kakinya, sedikit demi sedikit kekuatan dikumpulkan lalu dia mula bergerak di atas kaki yang berdiri tegak, satu demi satu langkah diatur dan dia mula tersenyum! “ya aku dah boleh berjalan!” ghairahnya makin besar, sampaikan dia mungkin jadi haloba, ingin meneruskan langkah dgn lebih laju, dilangkahnya lagi satu, dua dan tiga! lalu tersungkur rebah!
Ye, pastinya bayi itu akan menangis, kerana gagalnya dia untuk melangkah lebih, dan mungkin juga tangisan itu kerana dia berasa sakit hati, kecewa akan kelemahan diri, dan mungkin juga kerana kakinya benar2 sakit akibat kesan tersungkur tadi….lantas sampai di situ sahajakah usaha bayi kecil itu?[ceewaahh ayat mcm pengacara tv3 hehehe] mestila tak kan? Dia akan bangun semula, meneruskan langkah, sambil diberi semangat oleh orang2 disekelilingnya…”tatih…tatih….tatih….” dan atas semangat tinggi untuk berlari lah, kita dapat lihat hari ini smua di antara kita mampu berdiri atas kaki sendiri, berjalan dan berlari sepantas yg kita mahu….itulah kejayaan seorang bayi, dan ianya adalah kejayaan kita smua, kita smua pernah melaluinya, dan kita perlu sedar bahawa dr pada “JATUH” itulah kita menjadi “KUAT” dan daripada “SEMANGAT KENTAL” juga kita mampu mengekalkan apa yg kita perolehi…dan dgn SEMANGAT ORANG DISEKELILING juga kita mampu menjadi "bayi yang telah berjaya mengatur langkah"….
Kita semua pernah menjadi pemenang yang bangkit dari kegagalan…. maka mengapa setelah kita lalui hidup sehari2, kita tangisi apa yg berlaku dan menjadi orang2 yang berputus asa? Itu kerana kita hilang jati diri, dan andainya hilang maka bukan senang untuk mencari….kerana itulah diri ini sangat mengagumi “sebaik-baik sahabat”. Kerana dia seorang yang bangun dari kejatuhan yang berulang2 kali, kerana dia seorang yang kuat menghadapi tekanan emosi dan fizikal.Dia seorang yang mengenal diri. Dia juga seorang yang lembut hati, merelakan diri disakiti kerana insan yang disayangi. Menjadi sahabat yang sentiasa berusaha menjadi sahabat yang baik….dia juga tak pernah lokek berkongsi itu dan ini, doaku untuknya, semoga kau sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Semoga kau akan perolehi segala yg dihajati, semoga hidupmu sentiasa diberkati,amiiiiiinnn….terima kasih duhai sahabat!
Sesungguhnya andai punya kemampuan, ingin sekali dikhabarkan kepada semua, bahawa anda semua perlu mengenalinya….perlu mendekatinya, dan perlu mempelajari sesuatu daripadanya! Kerana dia sememangnya “sebaik-baik sahabat”.
