Archive for November, 2007

06
Nov

Hilang….

Bismillahirrahmanirrahim….

Hilang

Sejenak merenung diri, terasa seperti hati ini sungguh kosong…sesuatu yg kabur didepan mata, seolah2 mencari arah tuju yang tidak pasti…HILANG dari pandangan mata, tak bererti HILANG di hati, namun yang pasti, AKU INSAN YANG SERING KEHILANGAN…

sehinggakan HILANG itu terkadang menjadi mainan minda, dan bayangan HILANG sering menggamit membuatkan aku berimaginasi ngeri…

mengapa  bayangan ngeri itu sering datang? adakah aku sebenarnya sedang cuba menguji diri untuk cuba menerima KEHILANGAN SETERUSNYA? atau sebenarnya aku ingin mencari kekuatan dengan cara yang tak pernah dibuat org?

ini sebenarnya tanda "AKU INSAN YG TIDAK BERSYUKUR"…istilah REDHA bukan disini letaknya…duhai HAMBA TUHAN YG HINA, HAMBA HINA bergelar YASMIN MAT NAZRI…bangkitlah kau dari mimpi2 ciptaanmu sendiri…

lalui hari ini untuk hidup yg bermakna di hari esok…aturlah hidupmu semahu mungkin dengan cara tersendiri, tp usah sampai tersasar dr jalan ILAHI…

duhai YASMIN…huraikan serabut hatimu, hargai apa disekitarmu….usah sampai kau HILANG lagi…HILANG dalam ruang ciptaanmu sendiri…usah sampai…kau MENYESAL LAGI, kerana mengabaikan apa yg telah kau miliki….