Assalamualaikum…
Hari ini memulakan hidup dengan azam baru…azam ini dicipta untuk mendapatkan sedikit semangat dan pembakar jiwa. Hati rasa seronok bersiap2 ke tempat kerja…tepat jam 11 pagi, kaki ini dilangkahkan keluar dari pintu bilik…sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi bas bernombor 0013, hati di bawa jauh ke MALAYSIA, terkenangkan mak ayah dan adik2…rindu di hati hanya Dia menjadi saksi dan pemerhati…
Ntah mengapa, semangat yang telah mula dibina sejak awal pagi hilang tanpa disedari…sebaik sahaja tersedar, bas dah sampai ke Dongdamun….Ya ALLAH! 7 station terlepas dari itaewon…bertuah betul! YASMIN!!! awatla cek pi tidoq dalam bas??? tak ckp lagi ka tidoq malam tadi???
Atas kesilapan sendiri, hari ini lewat 20 minit! Mr Attiq takde kat kedai, yg ada cuma kak long dan jubangnim(tukang masak). tersengih2 malu la konon, tp rasa sangat2 bersalah…time sampai tu ada Duta Senegal di Korea bersama isteri dan 2 orang kenalannya tengah makan tengahari…mulutnya tak pernah lekang dari senyuman… melangkah keluar dengan bil menghampiri 100 000won… "itu rezeki pertama kita hari ni" kata kak long.
Lebih kurang pada pukul 2 petang, ada tempahan dari Duta Besar Pakistan, menempah satu meja untuk 5 orang pada pukul 7 malam dengan pelbagai menu pilihannya…chicken tandoori, chapal kebab, chicken kahari, chicken masala, nan, roti, dan chicken fried rice…hehe dah terhafal pulak nama2 menu yg biasa diorder oleh customer kashmir restaurant.
Sebelum ketibaan Duta Pakistan, ada 4 orang pelanggan warga Korea mahu mencuba makanan Pakistan…nampaknya mereka suka smua makanan2 yang telah diorder….kira-kira jam 7.30 malam, masuk 2 pasang suami isteri bersama 2 orang anak setiap pasangan… Duta Pakistan rupanya….datang bersama2 sahabatnya mungkin, dan isteri sahabatnya itu…berpunjabi putih+berhijab putih….hijabnya labuh menutupi tubuh.
Asssalamualaikum"kata wanita berhijab putih itu… Waalaikumussalam" jawabku sambil tersenyum…
senyum gembira dan kagum…Sebelum duduk terbayang jelas gerak bibirnya melafaz "bismillah…" dan dalam perbualannya tidak henti2 berkata "insyaALLAH" apabila melafazkan sesuatu yang belum pasti mampu untuk dilaksanakan dan dia sentiasa menyebut "masyaALLAH" apabila isteri kepada Duta Pakistan menceritakan sesuatu kepadanya…dan kadang2 terkeluar perkataan "ALLAHu AKBAR".
Selepas menghidangkan makanan, anak2 kecil yang berusia sekitar 4~6 tahun itu mula tunjuk perangai. Berlari ke sana kemari dan masa ni tergerak hati nak layan budak2 kecik tu…(teringat pada adik sendiri sebenarnya)…berborak2 dengan anak2 kecil yang petah berbahasa urdu, pakistan, english dan korea ni, membuatkan min rasa sungguh2 kagum dan mereka sangat beruntung…dalam seusia itu dah dapat kuasai 4 bahasa dengan baik ^^ Athil, Mahathir, Zaheed dan Bisma…tak mungkin dapat dilupa gelagat mereka…
Bermain mesra dengan anak ini memberikan kesempatan kepada min untuk mendekati ibu mereka…ibu kepada Mahathir dan Zaheed;wanita berhijab putih…dengan beraninya min tanya "akak..akak kenal saya tak? kita pernah jumpa sebelum ni di kelas belajar Al-quran" tanpa diduga, wanita berjubah putih itu bangun…dan tubuh ini dirangkul dan dipeluk….
"MasyaALLAH, kita jumpa di sini…saya ingat kamu, sekarang sedang belajar di Hanyang university kan? macam mana boleh ada di sini?"
"ye saya sedang belajar di Hanyang University, sekarang summer break, jadi saya buat part time kat sini, nak cari pengalaman dan duit poket sikit" jawabku sambil ketawa kecil.
Tak sangka perjumpaan pertama beberapa bulan lepas masih kukuh di ingatannya…kak Fatimah…ye nama itu memang masih segar…Fatimah namanya…dan hari ini, tanpa diduga pertemuan kedua dengan kak Fatimah membuatkan hati ni bertambah2 mengaguminya…kerana dia adalah wanita Korea yang baru sahaja 7 tahun mengenali Islam dan penghayatannya dalam agama membuatkan min rasa sangat2 jeles, iri hati….dan tersedar sendiri betapa hinanya diri ini…
Wanita Korea yang berhijab putih itu menyedarkan min bahawa penghayatan Islam tidak terletak pada selama mana kita menganutinya, tetapi ia terletak pada sejauh mana kita mencarinya…
Diri ini dilahirkan dalam Islam, diajarkan tentang apa itu rukun islam dan apa itu rukun iman sejak kecil…tanpa disedari, kebanyakan dari kita memegang 2 rukun utama ini tanpa mencari dan menggali dengan lebih mendalam tentang ilmu-ilmu lain yang menjadi akar umbi kepada Islam.Tanpa ilmu kita tidak akan mampu menghayati ajaran itu sedalam dan sesempurna mungkin…dan mereka yang dikurniakan hidayah(saudara baru) mampu menghayati Islam dengan sangat mendalam kerana mereka tahu bhw "mereka tidak tahu" maka mereka tidak pernah putus2 dan tidak pernah serik2 untuk mengorek dan mencari perisian agama sedalam mungkin…
mengapa kita tidak mampu lalukan sedemikian? adakah kerana kira rasa Islam kita sudah cukup? atau sebenarnya kita tidak nampak bahawa "Islam bukan sekadar pada nama, bukan juga pada personaliti kita semata, tetapi ia terletak kepada penghayatan dan pemahaman kita kepada ajaran yg di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW?
Indahnya mendapat HIDAYAH dari ILAHI…berdoalah sentiasa agar ALLAH kurniakan kita HIdayah dan Taufiqnya dan berusahalah untuk mendapat keredhaan dan HIDAYAH dari ALLAH SWT….diri ini terlalu mengagumi saudara baru yang hidup dalam kepompong masyarakatnya yg masih belum mampu menerima Islam…Tak terbayang bagaimana dia berhadapan dengan bangsanya sendiri yang pada hari ini, majoritinya memandang ISLAM itu dari sudut yang negatif.