Sesekali bila terkenangkan peristiwa lama…memang boleh buat kita senyum sorang2 kan?
rasa mcm dah lama tak mencoretkan apa2 kat blog ni…dah setahun stgh! lama kan? sbbnya? dah malas nak mencoretkan sesuatu…
dan hari ni hati terusik pulak…rasa mcm nak nangis…nak nangis???
hihi dah nangis dah pon ^^ sbbnya? ermm mungkin jiwa ini terlalu sensitif tambahan pulak kalau perkara berbangkit tu berkaitan dgn "persahabatan"…tak pernah mengharapkan apa2 dari kawan2 selain daripada persahahatan yg ikhlas, jujur dan berkekalan…tp mengapa ye? masa sememangnya mampu mengubah segalanya….
pedihnya rasa bila persahabatan ini dipermainkan? selama ni adakah aku didampingi hanya kerana apa yg "mereka" itu mahukan sesuatu dariku? hihi andaikata itu yg menjadi punca diri ini didekati, terima kasih ya tuhan kurniakan aku segalanya sehingga mampu menarik org lain utk menjadi sahabatku…tak pernah rasa kecik ati pon kalau org baik ngan kita sbb ada faedah utk dia…selagi mampu utk tolong, selagi terdaya utk jadi pendengar, selagi mampu nak jadi tukang bebel, yasmin mat nazri tak pernah menolak untuk semua itu…
tp hari ini…sesungguhnya aku berkecil hati…dengan seorang sahabat…adakah aku kini tidak diperlukan lagi? setelah kau miliki mahligai indah anganmu, aku kau campak ke tepi! ah indahnya hidup! dahulu aku pernah menjadi puteri ketika perlu, dan kini…dibuang tanpa difikirkan langsung apa rasa hatiku….
terima kasih teman…terima kasih sahabat…terima kasih kawan… ini rupanya penghujung kepada persahabatan kita….. semoga bahagia sentiasa dgn hidup baru…doaku semoga kau sentiasa dibwh rahmatNya…
k stop cerita sedih! untuk ira…eppy besday dear!
hanya tertanya2 di dalam hati…
mengapa agaknya?
~yasmin~
