Archive for April, 2005

29
Apr

dugaan ini tanda KASIHNYA..aku redha ya allah

ari ni call mak, kinah yg angkat handphone ayah, tau2 je dorang dah ada kat kg…kat changkat ibul…besnya…dari rompin ke HBKL pergi jumpa dr adik ainul…check jantung dia…mak kata dr tu ckp luabng jantung adik tak de perkembangan terbaru, lubang dia tak mengecil…sizenya camtu jugak…oleh sbb tu, dr kata ubat perlu diberhentikan sbb dah tak bagi apa2 kesan kat adik…buat masa ni mmg kena tunggu berat adik sampai 15kg…pastu baru leh nak amik tindakan lanjutan…ya Allah…kau Maha Kaya lg MAHA MENGETAHUI…andai ini ujianMu, kami terima dgn redha…kurniakan kami kekuatan ya ALLAH…sembuhkanlah penyakit adikku…dia terlalu kecil utk menanggung semua itu, andainya perlukan ganti…aku sudah cukup kuat utk menanggungnya ya Allah…

          mak macam batuk2..tak sempat cakap nga ayah lama sbb ayah tak sehat…dah 7 bulan ayah sakit..sama usia dgn kandungan mak, sejak ramadhan lepas..sakit ayah tak kurang2…daripada berat 80 kg..skarang ayah dah kurus sangat…tinggal 50 kg…ayah kata "kurus ni bagus tak banyak penyakit…yg penting sihat…" tp ayah skarang dah berapa larat…masa sakit dulu asal maghrib je lemah abes satu badan…dada ayah lebam2..perut pon sama…dr kata ada rongga udara kat bahagian rangka kiri…buat ayah kadang2 sesak nafas…tak dpt nak bayangkan..tp bila cakap ngan ayah..dia ttp senyum…cakap kat anaknye yg jauh ni…dia sentiasa sihat je…ayah tipu…akak tau ayah tipu….ayah nak sedapkan hati akak kan?ya Allah..ku mohon padaMu…kurnikan kesihatan kepada kedua ibu bapaku..pelihara kandugan ibuku…sejahterakan kesihatannya…lindungi adikku ainul mardhiah…kurnikan keceriaan dalam hidupnya…pelihara akhlak adikku shakinah…mudah2an dia menjadi pemelihara dan pemyejuk mata kedua ibu bapaku… kau sembuhkanlah penyakit ayahku..dia adalah ketua keluarga yg terlalu berat bebanan dibahunya…kami semua bergantung harap kepadanya ya ALLAH…

          mak tak kerja..semua bergantung kat ayah…walau sakit sekalipon, ayah ttp senyum, terus kerja…nak cari nafkah tuk anak2 dan isteri tercinta…tp alhamdulilah..keluargaku dimurahkan rezeki…rezeki anak2 kata ayah…aku kat sini selalu gelak pekat senyum kelat….cuba mengawal emosi…ketakan semuanya ok pada mereka..tanak dorang risau..cukuplah dgn apa yg mak ayah dah lalui dari detik arwah wan pergi..sampai awah tok wan menyusul…kemudian ainul masuk icu, aku pulak mengembara jauh demi ilmu..tinggalkan mak ayah yg tgh berdpn dgn pelbagai dugaan hebat…

          alhamdulillah semuanya ALLAH uji dan berikan kekuatan utk kami menghadapinya…kalau arwan wan masih ada…7 hb mei ni genap usia dia 19 tahun…mungkin sbb tu emosi ni agak terganggu sekarang ni…macam2 yg bermain kat kepala ni…pasal xm lg…kawan2…alhamdulillah setakat ni masih mampu menghadapinya…syukur ya allah..kau masih kurniakan aku nikmat walaupon hambamu ini sering alpa dibawa arus masa….

          sejak semalam…hati ni sebak je…rindu? dah takde ayat mega dah yg boleh dibuat tuk menyatakan perasaan tu…mak ayah dan adik2…kalianlah duniaku…kini kita berjauhan…dgn keadaan camni…akak kena tabah kan? kena kuat kan? kena sentiasa igt..allah menguji kepada hambanya setakat mn yg kita mampu hadapi kan? Allah tak kejam..tak pernah kejam dan tak akan kejam..ni tanda ingatanNya…tanda bahawa dia sentiasa bersama kita..Dia tanak kita lupakan Dia..kan mak kan?

          Ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmatMu dan kau ilhamkanlah kami utk terus mensyukuri nikmatMu…ya ALLAH peliharalah aqidah kami..teguhkanlah iman kami…dan kau lindungilah kami yg allah daripada musuh2 luar dalam dan sebagainya…aku berlindung dari segala kejahatan dibawah rahmatMu ya ALLAH..kurniakan aku kekuatan…amin..amin…ya rabbal a’lamin…. tangisan ini bukan tanda lemahya allah..tp dai tanda kekuatan…tanda kekuatan yg ingin ku pohon dariMu…isilah jiwaku dgn cahaya dan hidayahMu ya Rab…hanya KAU tmpt ku mengadu…kerana tiada siapa lg yg lebih memahamiku melainkanMu ya RAHMAN…biar hanya menjadi rumput..yg ttp teguh tika ribut…ttp bernyawa tika dipijak…ttp berdaya dikala banjir..ttp gah dikala bumi dibasahi hujan petir…kerana apa yg kuhadapi ini..hanya sedikit…terlalu kecil…terlalu ringan berbanding nasib2 insan lain…yg lebih hebat ujian buat mereka KAU sembahkan…

          sebelum mata terlena…ku harap esok masih ada buatku, kerna diri ini masih belum puas ya ALLAH…masih belum puas merasai NIKMATMU yg melampaui ujianMu…dan gagahkanlah langkahku..agar tidak mudah goyah lagi….kuatkan diri ku…peliharalah emosiku…ya allah …peliharalah ibu,ayah dan adik2ku yg jauh di mata..namun tak pernah jauh dari hatiku…kerana merekalah ratu hatiku…tiada lagi yg lain…wassalam…

27
Apr

dah lama tak update

salam buat blog~baru selesai midterm…dah lama tak menjengah masuk…bz sangat ke? ke takde idea? hihi…ari ni 3hb mei…apa yg dirasa? sendiri tak pasti? "min kenapa selalu tak pasti dgn perasaan sendiri? adakah sebab terlalu berahsia hinggakan diri sendiri pon tak tahu punca ataupun terlalu memendam rasa sehingga keliru dgn apa yg terpendam?" jelas sekali pertanyaan hati pada jiwa…tak terjawab dek minda…terkelu lidah tak terkata….

          sebenar2nya sendiri keliru..dgn perasaan…emosi…sememangnya diri telah kehilangan diri….ya rabbi bantulah hambamu ini…tak tertanggung rasanya…adakah ini hukuman diri? atas silap dan keangkuhan diri? melupaiMu tatkala diri dihurung suka hinggakan duak merisik khabar seolah2 memberi ingatan setelah kian lamanya terleka?…

          aku sendiri tak pasti…keliru..buntu…rindu…sakit hati…kecewa…sememangnya tak pasti…sesungguhnya kebingungan buat manusia jadi….

11
Apr

SEDAR DALAM GELITA, LEKA DALAM NYATA…

Lovebears1 Tidakkah kau sedar…

Mungkin si dia melafazkan…

Ungkapan cinta padamu…

Tetapi hati dan perasaannya…

Tidak pernah berniat begitu…

Dia hanya berselindung…

Di sebalik sejuta alasan…

Dan kau…

Begitu jujur dan setia menyintainya..

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Menyintai tidak bermakna memiliki..

11
Apr

gerhana 2 kali dalam bulan ramadhan satu pendustaan

FW: gerhana 2 kali dalam bulan ramadhan satu pendustaan..renungkan

[Copy & paste from friendster bulletin board] Assalamualaikum warahmatullah;

saudara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah menyelamatkan dirimu daripada terus ditipu oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak email di internet yang mengatakan gerhana 2 kali di bulan Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan kedatangan Imam Mahdi. adakah ia benar? penulisan ini akan mengupas isu berkenaan. 

utk mendapat gambaran yg lebih jelas, sila lawati http://hanaaz.multiply.com/journal/item/36

Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda kiamat memang banyak hadith sahih yang menceritakannya. Kita wajib meyakini kerana itu akidah kita.
Bagaimanapun, ana telah mendapat maklumat daripada jabatan falak syarie yang mengkaji tentang fenomena gerhana serentak matahari dan bulan atau gerhana serentak bulan sahaja dan kaitannya dengan kedatangan Imam Mahdi.

INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani, Bahai, Aurad Muhammadiah (rufaqa’ kini) dan Syiah….

Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah yang diiktiraf dalam al-Quran.

SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. Terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi atau pemuda Bani Tamim. Berikut adalah tarikh dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan ramadhan yang berlaku sepanjang selepas rasulullah wafat: dan setiap kali itulah Imam Mahdi lahir????

Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan. Berikut adalah tarikh gerhana 2 kali berlaku dan ajaran sesat yang timbul bersamanya:

1. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada anaknya.

2. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.

3. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.

4. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan.

5. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya dikenali sebagai Qadiani.

dah banyak kali sebenarnya gerhana 2 kali bulan ramadhan… semuanya ada ajaran sesat yang timbul kemudiannya. DI Malaysia sudah ada kelompok yang memperjuangkannya. BERHATI_HATI. jangan terpengaruh. Pertahankan Akidah ahli Sunnah wal Jamaah.

BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA DUA KALI RAMADHAN ITU ADALAH> TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN HADITH PALSU @ HADITH SYIAH…

Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk> menetapkan atau meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah Allah.

PS; CARILAH ILMU ISLAM BERDSARKAN SUMBER SAHIH DAN MUKTABAR. BERGURULAH DENGAN RAMAI ULAMA’. ANDA AKAN DAPAT MENCARI KEBENARAN YANG SEBENAR.

     SAYA SENDIRI TIDAK PASTI MN SATU YG BENAR, KERANA KEDUA2 MAKLUAMT INI DIPEROLEHI MELALUI INTERNET, BG YG BERILMU, SEBAR2KAN KEBENARAN, DAN BG YG LEMAH SEPERTI SAYA, JGN TERLALU MUDAH MENILAI, TAKUT NANTI TERPESONG AQIDAH.

      ADALAH LEBIH BAIK PERKARA2 SEUMPAMA INI KITA TANYA KEPADA YG LEBIH ARIF UTK MENDAPATKAN SEDIKIT GAMBARAN, DAN SEANDAINYA BENAR2 TIDAK PASTI, KUKUHKAN DIDADA BAHAWA KIAMAT ITU SUATU YG PASTI, TIDAK AKAN ADA PERTARUHAN DAN PENANGGUHAN WLAU SESAAT PON PADA JANJI ALLAH INI, MAKA HARI KIAMAT ADALAH JANJI SAHIH YG TIADA DUSTA, TP BILAKAH KAN SAMPAI WKTUNYA? ITU ADALAH RAHSIA ILAHI…RAHSIA AGONG YG TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN MAMPU UTK KITA KETAHUI DGN TPT TARIKHNYA…

     TP YG PASTI, TANDA2 KECIL TELAH WUJUD, MUHASABAH DIRI, INSAFI PADA SEGENAP KESALAHAN DAN KELEMAHAN, KUATKAN IMAN TINGKATKAN KETAQWAAN DAN KUKUHKAN PEGANGAN, MUDAH2AN KITA SMUA DIMATIKAN DI DALAM KEADAAN IMAN YG PENUH DGN KEPERCAYAAN DNA KEYAKINAN TERHADAP ALLAH YG MAHA ESA…INSYAALAH…