Archive for March, 2005

30
Mar

TeMaN DunIa???

Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran(ajaran al-Quran yg ditirunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah,Kami(ALLAH) akan adakan bgnya syaitan(yg menghasut dan menyesatkannya) lalu jadilah syaitan itu teman yg tidak krenggang daripadanya.—–>(ayat 36)

Dan sesungguhnya syaitan2 itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka orang2 yang mendapat hidayah dan petunjuk.—–>(ayat 37)

Sehingga apabila ia (manusia yg terjerumus di dalam kesesatan itu) datang kepada Kami(pada hari kiamat nanti), berkatalah ia(kpd syaitan2nya); "Alangkah baiknya(kalau didunia dahuku ada sekatan yg memisahkan) antaraku dgnmu sejauh timur dan barat!kerana engkau adalah sejahat2 TEMAN".—–>(ayat 38)

ayat 36-38 surah az-zakhruf

29
Mar

Hari DUIT masuk;)

          hari ni 29 hb…blaja CAD tadi, ntah camne leh tertidur..mata ni banyak btul syaitan yg bergayut…ke hati yg tak de semangat nak blaja? ya allah apa nak jadi ngan budak sorang ni? xm dah menghampiri…huhu~kesedaran takde lg nih..ishk2…

          sampai je kat rumah rasa mmg sangat2 mengantuk, apa lg terus tidur, sedar2 je dah satu stgh, huhu….2 jam tidur, tak pernah2 buat perangai tidur sesiang buta sampai 2 jam! lps tu sesiap gi kelas ptg, sampai kol 5, on da way nak blk umah terserempak ngan senior, dorang soh banje "duit dah masuk, apa lagi korang, belanja a senior…maria nak blanje kitorang ni" huhu.."takpe la lain kali je la ek saya banje"..ahaks..

          sampai kat LG terserempak ngan nizam, basz, nazmi ngan jojo, seronok btul, dah lama tak jumpa dorang, terserempak tu pon kira ok la…pastu jojo ajak makan,"jom a min, aku belanje"..memula nka ikut gak, pastu tetiba rasa macam malas…rasa kenyang lg sebenarnya…"ermm x pe la jojo, lain kali la ek? mekasih.."

          sampai akt umah, nana dtg bilik, dia tanya "kol baper ek nak tgk citer hantu?(entiti~cerita hantu btul ni, bukan rekaan..bukti2 menjumpai makhluk halus)seram aih…tegak bulu roma tgk…huhuhu

          ari ni dpt kad b’day drpd najib…mekasih la ek…tak sangka plak nak dpt bday card pastu zul pon kasi bday present gak, mekasih zul…cute la benda tuh~ pen tu pon comey~benda yg plg bes hari ni ialah berjaya mengganggu hidup hasri..hahahha…suka btul kacau mamat sorang ni…k la lain kali kalau ada idea, akan kukacau hidupmu lg..kita tgk sape plak yg menang…huhu~

28
Mar

TeRhaRu, TErkEdU, TeRpaNa…

Picture_014 Terharu, terkedu, terpana… tak tau nak cakap camne dah…tak tau nak gambarkan apa perasaan ni tp yg pasti hatiku melonjak kegembiraan…ADA ORG TU TIPU!!!!!!!

          erm…hari ni pg tadi kelas yucheyokhak(fluid mechanics) sampai pukul 1 sepatutnya tp pukul 12 dah habis…tgh2 blur sebelum blk rumah singgah jap kat peti surat, tgk kot2 la ada surat ke kan? hihihi..mmg ada pon, bil2 telefon,internet ngan bil gas…

          pastu sampai je kat atas igtkan nak baring2 kejap sbb zohor pon x masuk lg, tiba2 ajoshi kat bawah call, dia kata ada barang sampai….BARANG? apa ek? ermm PARCEL katanya…dgn penuh debaran, turun la jumpa ajoshi tu, macma biasa dgn lawak dia tu, suka btul dia tu menyakat org…mana la kengkawan tak cakap dia tu ayah angkat..hihihi…ntah2 dia berkenan nak buat menantu kot…ahaks…

          tgk la kotak tu, besar! tgk pengirimnya…AWAK TIPU!!!!!!!! ckp tak hantar lg la…tak de masa la…tak sempat la…huh! mengada! sangat2 tak tau nak kata apa..mula2 rasa macam tanak bukak tp hati ni dok kata "eee apa ek isi dia..takkan la buku sekotak besar camtu kan?"

Copy_of_picture_011           jdnya pon, bukak la jugak sebelum pergi kelas seterusnya(pkl 2)…ada macam2 sangat seronok tka tau nak cakap ap…neway tengs la ye pada kedua2 org pengirim, nazier n ameir, terima kasih banyak2..tak tau nak cakap camne lg….tp tak puas hati satu je…PENIPU!!!!!!bluwek!

Copy_of_picture_015

          neway..apa yg boleh dilafazkan ialah hati ini sangat gembira tidah terkata…hihihi…terima kasih banyak2 utk segala2nya….;)      

  "JADIKAN DIRIMU BAGAI POHON NAN RENDANG,DI MN INSAN LAIN DAPAT BERTEDUH…JANGAN SEPERTI POHON KERING YG HANYA MENJADI TMPT SI PUNGGUK MELEPASKAN RINDU DAN HANYA LAYAK UTK DIBUAT KAYU API…."

         

         

27
Mar

menginjak ke alam 20an~

          erm…report dah siap…smua pon dah settle…rasa penat btul hari ni..naper ek?ermm..ntah la…hari ni Q1 datang kat bilik 508 nak menjenguk student Msia..baik btul dia sekali sekala blk ke tanahair sendiri teringat jugak kat anak2 didik ida kat INTEC dulu….

          malam ni akan berakhir tarikh 27 march!hihi…melangkah ke umur 21 tahun dan 1 hari…hihi..esok, 28 hb befday ilya…dah plan dah nank gi serang dia kat rumah malam ni..maria ngan syifak beli kek ngan jajan..maklumla esok ada kelas, tak leh nak buat gempaq2…takat ni je la yg mampu ilya…

          huhu..jgn terkejut baru blk dr celebrate befday ilya…terkejut dia tadi, tak sangka kitorang serbu dia dalam gelap lak tu…cian dia…pucat muka stgh jam…hihihi…hepi befday ilya..dan utk insan2 yg sama befday ngan diri ini iaitu JERRY, SALMAH, MARIAH CAREY, MAK FISHAH, CIKGU SHARIFAH merangkap mak angkatku yg amat dirindui dan dicintai…hihihi…dan sesapa saje la yg lahir pada 27 march~

          warghhhhhhh~dah ngantuk siap menguap ganaz lg nih..huhuhu..k la nak tido dah esok ada kelas awal..ceh..awal ke? kol 10 pg, tka la awal mn sangat pon, then ada kelas yagan jugak(kelas malam) sampai kol 10 stgh…tidur dulu..bye wassalam…

                                "di mata mu ku lihat sinaran bercahaya

permata hati di wajah mu ku lihat senyuman yang berseri menawan hati"

27
Mar

when u luv sum1

When you love someone
You’ll do anything
You’ll do all the crazy things
that you cant explain

You fly to the moon
or reach for the sun
You’ll deny the truth
believe the lies

There will be times than
You’ll believe you can fly
But your life has really just begun

When you love someone
and feel it deep inside
and nothing else could ever
change your mind

When you love someone
When you need someone

When you love someone
You’ll secrifice
Give everything you’ve got
You wont think twice

You risk it all
No matter what the cost

When you love someone
You’ll fly to the moon
and touch the sun
When you love someone

I want you to know
that I love you so!
What I need so much
is hugs, kisses and such

You give me butteflies
make me fly through the sky

27
Mar

TERHARU tanpa KATA~ ( “,)

          ari ni genap la usiaku 20 tahun…haha..ayat skema macam nak introduce diri kat mak mertua…hihihi…EPPY BESDAY 2 me n JERRY, dah besaq dah anak mak sorang tu dih…huhuhu…smalam kena serang tak? tipu lakalau tak kan? mesti budak2 oryu serang punye…kan kan?sangat2 tak tau nak gambarkan apa perasaan..tp yg pasti gembira dan sangat gembira….sampai tka tau nak gambarkan camne perasaan tu…

          kisahnya bermula dgn ptg semalam, ada mesyuarat rasmi KUK kat kisuksa… asalnya dah tmph bilik 803 tp tetiba ada pulak org nak masuk tinggal kat bilik tu.. dah siap2 kemas barang apa smua…. memula ajoshi tu kata takde bilik kosong..last2 mungkin disebabkan pandai wat muka kesian, ajoshi tu pon kasi la bilik 706 tp dia kt sepah sket… kena la sapu dan kemaskan apa smua dulu…dah lepas sapu2 smua pulangkan blk penyapu kat kak shushu then majlis pon bermula lps abg blue(yg alah ngan lada sulah), abg pash ngan abg jazz…

          tgh2 dok mesyuarat plan aktiviti apa smua..tak sangka la plak ada yg bukak mulut esok is my besday…pastu apa lagi..pres pon kata.."a…kita celebrate malam ni!!!" then pergi la beramai2 makan kat pizza hut…mekasih la smua tp agak terkeciwas kerana pres tak dpt turut serta..ada urusan yg lebih pntg…

          masa kat sana, siap ada nyanyikan lagu apa smua…tak tau nak kata apa perasaan, yg pasti sangat2 gembira….blk umah cam biasa sambung wat report sket…tp macam takla buat keje sangat pon dok sebuk chat je….sepanjang malam tu chat ngan org msia…pastu call mak ayah ngan adik2..dorang wish besday n tergelak2 la ngan gelagat si kecik..macam2 btul budak tu…"allo..mimi…ano minum cirap…(ainul minum sirap)"tu la kata2 si kecik..org nak borak2 ngan dia sia sebok nak minum sirap pulak..ishk budak sorang nih….

          tanpa disangka2 lebih kurang pukul 12.15, ada org tekan loceng. tgk kat camera, tak nampak muka, menyorok la tu…norma tgh ckp ngan parents dia kat phone, then pegi la bukak pintu, agak terkejut..melihat wanita cantik berambut panjang yg serba putih, menghulurkan sekuntum mawar merah(bunga kesukaanku)… terkedu di situ..blum sempat berkata apa2…dia menyerang bersama dgn rakan2 BERTUAH yg lain…dgn tepung…huhuhuhu sambil nyanyikan lagu besday….dah jadi nenek tua…putih abes smua rambut…

         4 da 1st time, celebrate besday nenek tua kat kisuksa..hahaha…tengs la utk malam tadi kawan2 smua..korang mmg bes! ratna siap wat kek lg…syifak wat bubur koguma(bubur keledek)..mekasih2…tak tau nak kata apa dah..yg sama2 ada semalam>(pizza hut-abg blue, abg pash, abg jazz, abg yad, abg lebai, abg syahril,afzai, jojo,elf,maria ngan c’norm….   serangan "lauk-pauk" kat rumah-norma, maria,ratna, syifak, aileen, nad, syira, sophia, nana, ira,wicit n me…hihihihi) 

        sayang korang smua….mekasih bebanyak….ari ni kena tungkus lumus siapkan report…huhuhu

"dunia ini umpama lautan yg luas,dan kita adalah kapal yg melayarinya… telah banyak kapal yg karam di dalamnya, andainya kita muatkan layar kehidupan dgn iman, taqwa dan amal…disulami dgn akhlak dan peribadi mulia, nescaya kita akan terselamat daripada karam di lautan luas dan lemaas di bawa arus deras..insyaAllah.."

26
Mar

*dinihari*

4232770f17d10 Dinihari

Menghitung detik yang berlalu
Tidak ku bisa
Perjalanannya terlalu cepat
Maka tercetusnya kiraan saat
Saat inilah yang terus berlalu dan berlalu
Tanpa menunggu dan kembali berulang
Ia meniti arus kehidupan
Kiranya agak sukar
Andai tersilap tidak perlu di sesalkan
Yang lepas tetap di kenang
Yang mendatang terus diperjuangkan

Aku….
Bersedia dinihari untuknya
Kini adalah yang terbaik
Tapi esok…?
Itu yang tak dipastikan lagi
Sukarnya…
Agh…tiada sukarnya
Kemampuan ini untuk aku
Aku mampu mencarinya yang tersembunyi disebalik
Perasaan yang menyembunyikannya
Realitinya..aku mampu mengolahnya

25
Mar

7 jenis CINTA

Untitled_1 "Assalamualaikum..
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorg yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadang kala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positively!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadikasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

(^,’)~kedah online~(^,’)

24
Mar

hari ni dapat PARCEL!!!

Bg1      salamz buat blogku..ihik..ermm ari ni macam yg diperkatakan tadi, sambugnan azam baru, atas nasihat seseorang, cuba la nak tidur awal then bangun awal tuk study…mmg btul study sebelum subuh buatkan kita rasa sgt2 segarrrrrrrrrrr lg menyegarkannnnnnnnnnn…hihihi…tp tadi tak la study mana pon..belek2 je sesikit..lg 3 minggu dah midterm..cepatnya masa berlalu….

             ari ni cam biasa blaja kat kelas, shilseb tadi ok la..memula tu duduk seblah budak korea ni, sejam pertama tu rasa macma agak terganggu penglihatan, tak nampak lecturer tulis apa sbb duduk tepi sangat..pastu masa kedua tukar tmpt,,tmpt tu lg blakang tp sebab bertntangan ngan whiteboard maka memudahkan penglihatan, tgk gak muka budak korea tu nmpk cam tak berapa manis dah…dia terasa ke sbb beralih tmpt? ala jgn la tak berniat apa2 pon..mmg tak nampak…blk umah sat..sebelum start kelas seterusnya, sampai je kat umah, blum sempat bukak tudung, tetiba ding dong..ding dong…loceng bunyi..huhuhu..dpt PARCEL!!! adiah besday dr parents..tengs mak ayah…muahhh..tp sedey sbb tak de gambar….nak gambar terbaru..sob..sob..sob..

             lepas shilseb pukul 2 ada kelas jongyokhak(statics materials) pergi library ngan wear ngan cik norm..terserempak ngan abg adi, abg helmi dan beberapa abg lain lg batch 50 yg tak berapa perasan sangat…hihihi…tpr pukul 5 keluar dari library dah janji ngan nana nak pergi bilik EME…tunggu kat luar tp tak nampak pon kelibat nana…uu~ sejuk btul! angin tiup kuat even dah spring skang ni… lps tu bila nan dah sampai pergi la kat bilik EME tu..jumpa senor solgae(mechanical design) ngan senior kigae(mechanical)..dorang tgh bincang pasal final project….

             blk je kat umah..dok perati je pascel tu..besar la jugak…8 kilo lebeh..duit pos pon sampai RM222..adoi…rasa cam menyusahkan mak ayah btul la…RINDU kat MAK AYAH>>>>dan adik2..harap2 kandugnan mak ok..ahaks…esok blaja jongjakpob(modern materials n manufacturing processes) killer subject nih…korean pon ramai yg reseat paper nih…ermm k la nak call msia..bubbyes….nak kena blaja lukisan jugak malam nih~                         

       

24
Mar

MenGaPa MesTi MenGeLUh???

4228ff6432a80               KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

          KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

          KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

          RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

          BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

           APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

           AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12